Tips Menjimatkan Wang Ketika Membeli-belah

Berjimat Cermat Ketika Membeli-belah


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini, kita amat dianjurkan untuk berjimat cermat daripada kerap berbelanja. Kadang kala kita sanggup berbelanja besar untuk membeli barangan keperluan harian. Namun, kita masih dapat berjimat dengan membuat beberapa persedian sebelum keluar membeli-belah dan penelitian tentang harga barangan yang akan dibeli. 

cara berjimat cermat

Ada yang sedang mencari tips atau cara-cara menjimatkan wang ketika membeli-belah? Inilah antara tips yang saya akan lakukan sebelum membeli-belah. Jom ikuti beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk langkah berjimat cermat ini:

1. Buat senarai barangan beserta harga sebelum keluar membeli-belah

Ini adalah perkara yang paling penting untuk membeli-belah. Tujuannya supaya kita dapat membuat kira-kira tentang perbelanjaan yang perlu dikeluarkan agar tidak membazir wang. Selain itu, dengan membuat senarai ini dapat menjimatkan masa ketika membeli belah. Sebabnya kita dah tahu nak beli apa.


2. Makan sebelum pergi membeli-belah

Kenapa perlu makan sebelum keluar membeli-belah? Nafsu kalau tak diberi makan akan 'menggila'. Betul tak? Contohnya, ketika perut lapar, waktu inilah kita teringin nak macam-macam. Fikir tentang makanan, pakaian dan lain-lain lagi. Sedar tak sedar dah boleh buat satu senarai panjang hanya dalam otak. Nanti tak pasal-pasal lari bajet terus kalau berbelanja ikut nafsu. 

Bolehlah anda cuba ini. Jangan lupa untuk makan di rumah sebelum keluar membeli-belah. Nak tahu berkesan atau tak, anda kena cuba dulu. Lagi satu, kalau perut terisi, pasti perbelanjaan untuk ke restoran juga dapat dipotong. Jadi, dapat berjiimat kan?


3. Kenali lokasi yang terbaik untuk membeli-belah

Anda selalu membeli barangan di mana? Pasar raya, kedai runcit, kedai serbaneka RM2? Bagi saya, cari yang terdekat dekat tempat tinggal kita. Kalau dekat, dapat jimat minyak kereta dan masa juga.

Kalau nak ke pasar raya pun boleh je. Beli banyak sekali gus, contohnya barangan yang dibeli tu cukup untuk sebulan. Lagi bagus kalau beli-belah di pasar raya ketika ada harga runtuh. Wow, peluang yang terbaik untuk membeli belah ni. Dapat beli barang dengan kuantiti yang agak banyak kerana harganya murah sekaligus dapat menjimatkan wang dalam poket anda. Tapi jangan pula terlebih membeli ya. Nanti sakit poket tu 😁


4. Survey dan buat perbandingan harga barangan

Dalam sesebuah kedai atau pasar raya, pasti terdapat pelbagai jenama dan harga untuk sejenis barangan. Contohnya, pencuci pinggan mangkuk. Ada yang harganya mahal dan ada yang murah mengikut jenama masing-masing. Apa yang perlu anda lakukan ialah, bandingkan harga mengikut jenama serta kualiti sesuatu barangan. Kalau saya, harga yang murah dan menepati cita rasa, itu sudah cukup berkualiti dan membuatkan saya terus membelinya.

Tetapi bergantung juga kepada seseorang. Ada yang kata, barangan mahal itu berkualiti. Kalau anda rasa ia berbaloi, bolehlah beli. Tapi biarlah betul-betul perlu dan tidak mengganggu wang perbelanjaan untuk barangan dan perkara lain.


5. Membeli-belah secara bersendirian

Membeli-belah secara bersendirian membuatkan kita lebih fokus dengan senarai barangan yang telah dibuat dan membeli mengikut senarai sahaja. Bukan tidak boleh membeli-belah bersama keluarga, tetapi perlu tegaskan kepada yang lain supaya tidak membeli barangan yang tidak sepatutnya supaya tidak menganggu perbelanjaan yang telah dibuat.


6. Membeli-belah secara atas talian (online)

Membeli-belah secara online semakin popular pada masa kini. Mana tidaknya, hanya cari barangan yang diperlukan di mana-mana kedai online, buat bayaran dan tunggu barang yang dipesan sampai di rumah. Mudah kan?

Saya selalu juga membeli-belah online di Lazada, Lelong.my, Zalora, Hermo dan online sellers lain di laman sosial Instagram atau Facebook. Sebenarnya, lagi bagus jika kita menggunakan kod kupon untuk membeli-belah secara online. Terdapat banyak laman web yang menawarkan kod kupon dan tawaran yang gempak. Dengan kod kupon, saya dapat menikmati lebih penjimatan dengan diskaun besar daripada peruncit dalam talian seperti Lazada, laman web beli-belah yang saya selalu beli. Wow, sangat jimat kan!

Beli-belah secara online memang bagus kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga tetapi jangan sampai membazir terbeli barangan mengikut kehendak nafsu dan akhirnya menyesal.


Begitulah antara beberapa tips yang dapat menjimatkan wang ketika membeli-belah yang boleh dijadikan panduan bersama.

Akhir kata, berbelanjalah mengikut keperluan dan sentiasa berjimat cermat untuk kesenangan pada masa hadapan.

Tips Menjimatkan Wang Ketika Membeli-belah Tips Menjimatkan Wang Ketika Membeli-belah Reviewed by Maisarah Humaira on April 04, 2017 Rating: 5

6 ulasan:

  1. Betul tu... Tp selamat sy jenis cerewet nak mengeluarkan duit... Jadi jarang berbelanja barang yg bukan keperluan...

    BalasPadam
  2. Semua tips memang menarik.. lebih2 yang no.2 tu.. betul, kalau membeli belah masa lapar, semua barang rasa nak beli..

    Seeloknya kenyangkan dulu perut baru pergi membeli belah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. jangan membeli ikut nafsu

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.