29 Jun 2017

Ramadhan dalam Ingatan, Raya dengan Penuh Keinsafan

Ramadhan dan Syawal Seiring Bersama


Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog MaisarahSidi.com dan semua umat Islam di seluruh dunia! Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki hari kelima Syawal untuk tahun ini. Ini merupakan entri pertama dalam bulan Syawal 1438H. Maklumlah sibuk membuat persiapan raya dan juga sibuk beraya hehehe.

Pelita, panjut, syawal

Pasti seronok menyambut kemenangan kita pada 1 Syawal setelah penat lelah melawan nafsu pada bulan Ramadhan yang lalu bukan? Alhamdulillah. Pastikan perkara baik yang telah kita lakukan dalam bulan Ramadhan dibawa kepada bulan-bulan seterusnya kerana ada manfaat disebaliknya.

Ramadhan dalam ingatan, raya dengan penuh keinsafan. Itulah yang sebaik-baiknya. Jangan dipisahkan Ramadhan dengan Syawal. Mereka saling berkaitan. Rasa seperti tak lengkap raya jika puasa Ramadhan kita ala kadar sahaja kan.

Raya, raya juga. Ramadhan jangan dilupakan terus. Jangan kerana raya, sampai berhabis wang simpanan kita. Jangan kerana raya, membazir sini sana. Jangan kerana raya, kita bermegah dengan harta benda. Jangan kerana raya, kita bangga menayang aurat yang menjadi jamuan mata yang tidak sepatutnya. Apa yang lebih penting pada hari raya, utamakanlah ia. Bermaafan dan jalinkanlah ukhwah sesama saudara serta jangan lupa kepada umat Islam yang memerlukan bantuan kita.

Akhir kalam, ambil iktibar dan pengajaran daripada Ramadhan. Berayalah dengan cara yang selayaknya secara bersederhana kerana itu lebih baik. Semoga apa yang kita lakukan ini mendapat keredhaan Allah, insyaAllah.


Previous Post
Next Post

About Author

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)