13 Julai 2017

Cara Pasang Sendiri Dekoder MYTV di Rumah

Cara Pasang Sendiri Dekoder MYTV


Mudahnya pasang sendiri dekoder MYTV di rumah! Dah siap pasang, bolehlah mula menonton siaran digital myFreeview dengan kualiti gambar yang sangat jelas. Saya tahu, ramai rakyat Malaysia yang telah dapat dan guna dekoder ini. Bagi anda yang telah mendapat unit dekoder MYTV percuma ini dan masih belum menggunakannya, boleh cuba pasang sendiri di rumah. Sangat mudah.

Siapakah yang layak menerima unit dekoder MYTV basic secara percuma? Penerima unit dekoder MYTV percuma ini dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview. Untuk membuat semakan sama ada nama anda tersenarai sebagai penerima unit dekoder MYTV, anda boleh semak melalui SMS dengan menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888, di laman web mybrodcasting.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.

cara pasang dekoder MYTV

Apa yang ada dalam kotak MYTV ini? Apabila anda telah menerima dekoder ini, periksa dulu komponen yang ada dalam kotak yang diberikan. Dalam kotak tersebut mengandungi 1 dekoder digital DTT, 2 bateri AAA, seunit alat kawalan jauh, 1 kabel RCA, panduan pengguna dan adapter kuasa.

Cara pasang dekoder MYTV
Dekoder MYTV

Jangan risau, mudah saja cara untuk pasang dekoder ini. Rujuk saja panduan pengguna yang disertakan, insyaAllah jadi.

Sebelum penyambungan dekoder ke TV dilakukan, matikan sumber kuasa sebelum menyambung dekoder ke peranti lain. Pastikan juga antena telah dipasang. Jom mula pasang dekoder ini. 

Cara Pasang Dekoder MYTV dan sambung dengan TV


1. Sambungkan kabel antena (luaran/ mudah alih) ke port ANT IN di panel belakang dekoder. Di rumah saya menggunakan antena luaran.

Panel belakang dekoder

2. Sambungkan kabel HDMI/RCA (guna salah satu saja sama ada HDMI atau RCA) dari dekoder ke TV.

Kabel RCA yang disambung ke TV

Kemudian, tukar mod TV ke mod HDMI/AV dan pilih berdasarkan kabel HDMI/RCA yang disambungkan sebentar tadi. 

cara setting MYTV
Saya pilih AV sebab guna kabel RCA

*Cara tukar mod TV ke mod HDMI/AV
Tekan butang Source atau Input pada alat kawalan jauh TV (mengikut alat kawalan jauh TV masing-masing).

cara setting MYTV


3. Teruskan dengan carian saluran kali pertama.


Tetapan dekoder untuk kali pertama

1. Sila pilih Bahasa menggunakan kekunci navigasi kiri atau kanan.

2. Seterusnya, untuk pilihan kuasa antena, sila pilih salah satu antara berikut:

     a) Antena Luaran - Pilih OFF
     b) Antena Dalaman dengan kuasa - Pilih OFF
     c) Antena Dalaman tanpa kuasa - Pilih ON

3. Seterusnya, tekan butang biru untuk carian saluran.

remote control MYTV

4. Sila tunggu sebentar sehingga imbasan auto carian saluran selesai dan saluran 1 akan terpapar secara automatik.

5. Anda kini boleh memilih saluran untuk ditonton. Selamat menonton.

*Untuk menukar saluran, gunakan alat kawalan jauh MYTV.

Penyelesaian Masalah: Menetapkan kembali siaran

Imbasan Auto

1. Sila tekan butang MENU.

2. Seterusnya, pilih Carian Saluran.

3. Seterusnya, pilih Imbasan Auto dan tekan OK. Masukkan kod pin '0000'.

4. Sila tunggu sehingga carian saluran selesai, saluran 1 akan terpapar secara automatik.

5. Anda kini boleh menonton saluran pilihan anda. Selamat menonton.


Imbasan Manual 

1. Sila tekan butang MENU.

2. Seterusnya, pilih Carian Saluran.

3. Seterusnya, pilih Imbasan Manual dan tekan OK. Masukkan kod pin '0000'.

4. Perhatikan penanda tahap Kekauatan dan Kualiti bertukar kepada hijau menandakan isyarat yang baik. Seterusnya, tekan Butang Biru dan anda boleh menonton saluran pilihan anda.

5. Jika tiada penanda hijau selepas 1 minit, sila hubungi 1 300 80 6988 untuk bantuan lanjut.


Masalah lain:

Jika ada masalah seperti... contohnya, anda dah tekan butang merah ON pada alat kawalan jauh MYTV dan lampu hijau muncul tetapi OFF sendiri selepas tu (keluar lampu merah).... kalau jadi macam ni, penyelesaiannya tekan je butang kuasa ON pada dekoder.

dekoder MYTV

Masalah ini terjadi setiap kali saya nak ON dekoder MYTV. Kejap je lampu LED hijau muncul, kemudian lampu merah pula muncul. Jadi saya ambil langkah tekan je butang pada dekoder tersebut. Selesai masalah.

Itu saja cara-caranya. Memang mudah. Tapi kalau anda ada sebarang masalah tentang pemasangan atau dekoder, hubungi MYTV Broadcasting di talian 1 300 80 6988. Untuk lebih lanjut tentang keperluan memasang dekoder MYTV ini, anda boleh membuat rujukan di laman myFreeview Malaysia.

Bagi anda yang tidak tersenarai dalam nama penerima unit dekoder MYTV percuma, anda boleh membuat pembelian dekoder MYTV Advance dengan wakil penjual berdekatan anda pada harga RRP: RM 299 + GST 6% atau beli online di SINI pada harga promosi RM199* (termasuk GST) secara online. (*Tawaran terhad sehingga 16 September 2017. Harga tidak termasuk kos penghantaran.). Untung sangat kalau beli online tau!


Sumber: Manual pengguna dekoder MYTV, laman wev MYTV, laman myFreeview dan sendiri.


Previous Post
Next Post

About Author

4 ulasan:

  1. wahhh.. senang je ye pasang sendiri.. :)
    selamat menikmati siaran myTV..

    ...

    BalasPadam
  2. senang je kak ain. tak sampai beberapa minit dah boleh tengok myFreeview hehe

    BalasPadam
  3. first time dengar pasal decoder ni.. hehe tapi rumah xdak tv =P

    BalasPadam
  4. Tq for sharing. Done follow 😊

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)