03 Ogos 2017

Jujurlah Dalam Menyampaikan Ilmu

Ilmu dan dakwah


Menyampaikan ilmu ni kena jujur.

Dakwah juga kena jujur.

Kita dakwah, bukanlah untuk orang ikut kita. Tetapi, tujuan dakwah adalah supaya orang ikut Allah.

Ajaklah manusia kepada Allah, bukan kepada diri kita.

sampaikan ilmu

Andai ada orang puji kita, kembalikan pujian tersebut pada Allah. Sesungguhnya, kita ni hakikatnya tak layak langsung di puji.

Banyak sangat dosa kita pada Allah dan pada manusia. Aib kita menggunung tinggi, tapi Allah sembunyikan aib kita. Dalam keadaan banyak aib ni, Allah masih izinkan kita untuk dipuji oleh orang ramai.

Namun, pujian itu ujian.

Mengapa perlu bangga? Kebanyakan pujian orang tu sebenarnya kita tak layak. Orang kata kita baik? Kita sebenarnya banyak dosa. Orang kata kita hebat? Kita sebenarnya sering tewas dengan nafsu. Orang kata kita banyak ilmu? Hakikatnya ilmu kita cetek, tu pun kita dah bangga.

Ah!

Kita langsung tak layak di puji!

Ingat, pujian itu ujian.

Jangan bangga bila orang puji. Kembalikan pujian itu pada Allah, dan doalah pada Allah agar setiap pujian mereka itu menjadi DOA supaya kita ini betul-betul menjadi seperti apa yang mereka puji.

Allah.

Segala puji bagiMu!


Ini merupakan perkongsian daripada Channel Telegram Tarbiah Sentap. Sentap juga membacanya. Betul semuanya. Biarlah setiap apa yang kita lakukan di muka bumi ini niatnya kerana Allah. InsyaAllah manfaatnya kita juga yang akan rasa. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka hati dan mata kita supaya sentiasa perbaiki diri kepada yang lebih baik.


Previous Post
Next Post

About Author

7 ulasan:

  1. Pujian tu ujian....betul sangat =)

    BalasPadam
  2. hi, saya datang singgah sini :)

    BalasPadam
  3. setuju....kena jujur dalam menyampaikan ilmu

    BalasPadam
  4. Betul.. Kena jujur dan ikhlas dalam sampaikan ilmu.. kadang2 ada orang nak sampaikan ilmu sekadar nak menunjuk dan harapkan pujian..

    Niat tu kena betul kan

    BalasPadam
  5. betul tu pujian itu satu ujian
    JanjiKita

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)