06 September 2017

Cara Mudah Tukar Domain Blogspot ke Dotcom

Cara Setting Domain | Cara Tukar Domain Blogspot dari dotblogspot ke dotcom


Anda sudah membeli domain untuk blog tapi masih belum menukarnya? Kali ini saya berkongsi dengan anda tentang cara untuk setting domain atau cara tukar domain sendiri di blogspot. Pada mulanya, nampak sukar untuk tukar sendiri domain untuk blog. Tapi setelah ikut tutorial ini, pasti mudah kerja anda. Tak susah mana pun. Hanya ikut saja tutorial ini, insyaAllah pasti menjadi.

cara tukar domain ke dotcom

Tutorial yang dikongsikan ini bagi anda yang telah membeli domain dari NetKL. Untuk provider lain pun sama saja, anda boleh ikuti langkah-langkahnya. Proses menukar domain di blogspot dibuat dalam Domain Control Panel dan pada bahagian setting di Blogspot.

Jom ikuti langkah-langkah tukar atau setting domain di blogspot: 

Langkah 1
Login ke dalam NetKL Domain Control Panel di sini. Masukkan email dan password. Kalau lepas tu keluar warning 'Invalid Password/Username'... klik link 'Forgot your password?'  Masukkan je emel dan password anda. Kemudian login macam biasa.

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 1

Langkah 2

Pada bahagian tab biru(Gambar 2), halakan cursor ke Manage Orders kemudian klik pada List/Search Orders untuk pilih domain yang nak ditukar di Blogspot. Seterusnya tick pada domain yang anda nak setup dan klik pada link domain (Gambar 3).

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 2

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 3

Langkah 3
Scroll sampai bawah dan anda akan jumpa DNS Management kemudian klik Manage DNS (Gambar 4).
(DNS: Domain Name Servers)

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 4

Nanti akan keluar pop-up screen seperti Gambar 5 di bawah ini.

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 5

Langkah 4
Setting 'A-Records'
Dalam pop-up screen tersebut, klik Add A Record. Nanti akan keluar gambar macam di bawah ini (Gambar 6).

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 6

Masukkan simbol '@' atau boleh juga dibiarkan kosong dalam ruangan Host. Kemudian, masukkan salah satu Google IP seperti di bawah dalam ruangan Destination IPv4 Address (Gambar 7). JANGAN USIK TTL.

216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21


cara tukar domain ke dotcom
Gambar 7

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 8

Langkah ini perlu diulangi sebanyak EMPAT KALI untuk create empat A-records yang berasingan yang akan point kepada empat Google IP yang berbeza. Pastikan akhir sekali anda akan dapat empat A-records seperti ini:

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 9

Langkah 5 : Setting CNAME Records
Langkah seterusnya ialah setup CNAME Records. Klik butang CNAME Records.

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 10

Selepas tu, isi ruangan Host Name dan Value seperti di bawah (Gambar 11). JANGAN USIK TTL.

Host Name: www
Value: ghs.google.com

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 11

Dah siap boleh klik butang Add Record.

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 12, CNAME yang telah berjaya ditambah

Kemudian kena tambah lagi satu CNAME Record. Tapi sebelum itu buka dulu setting blog yang anda nak tukar domain tu.

Langkah 6 : Setting Blogspot
Pergi ke Settings dan pilih Basic. Seterusnya klik +Setup a 3rd party URL for your blog.

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 13

Masukkan URL domain yang anda dah beli dan klik Save. Kemudian akan keluar seperti ini (Gambar 14):

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 14

Kod 1 dan 2 adalah kod yang perlu ditambah dalam Langkah 5 tadi. Copy kod tersebut.

Klik Add CNAME Record sekali lagi dan masukkan Kod 1 dalam ruangan Host manakala Kod 2 dalam ruangan Value. Dah siap boleh klik Add Record. Akhir nanti akan dapat macam ini (Gambar 15).

cara tukar domain ke dotcom
Gambar 15

Langkah 7 : Save Domain Baru
Pergi semula ke setting blog. Untuk Use a missing file host tu biarkan sebagai No (Tidak) . Cuba klik Save. Kalau keluar error contohnya Error 12, Error 14, etc. jangan panik sebab saya juga mengalaminya. Cuba save sehingga berjaya.

Langkah 8 : Redirect non-www ke www

Redirect ini penting untuk mengelakkan page blog daripada error apabila orang taip nama blog anda tanpa www. Selepas Langkah 7 dah selesai, klik semula pada Edit dan tick pada Redirect xyz.com to www.xyz.com.

cara tukar domain ke dotcomc
Gambar 16
cara tukar domain ke dotcom
Gambar 17


Dah selesai! Mudah bukan?

Jangan risau, kalau anda tak mahir atau tak pasti ara nak setup sendiri domain, anda boleh meminta pihak NetKL yang tolong setup kan.

Klik SINI dan pilih samada anda nak CDS Blogger Plan without Email Package (RM10 one time) atau with Email package (RM80/year).

Selamat mencuba!

Klik banner di bawah untuk membeli domain daripada NetKL Network




Sumber: NetKL Network


Previous Post
Next Post

About Author

18 ulasan:

  1. wahh, boleh buat sendiri.. kena fokus betul2 ni.. bila ntah nak bertukar domain ni.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah je ;) nanti bolehlah akak tukar domain blog

      Padam
  2. dulu abam kie upah netkl je setup domain drp blogspot ni. masa tu mrka caj rm3 je. skrg dgr citer dah naik sampai rm10.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu dulu murah sekarang dah naik harga. bolehlah belajar setup sendiri

      Padam
  3. wahh senangnya ada tutorial utk newbie yg nak beli domain
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga tutorial ini dapat beri manfaat kepada mereka ;)

      Padam
  4. dah lama terjebak dalam dunia blog ni ,tapi stil pakai blogspot lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti bolehlah tukar domain dotcom pula ;)

      Padam
  5. Memang mudah beli domain di netkl

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..mudah, nak hubungi diorang pun cepat je balas

      Padam
  6. Balasan
    1. semoga tutorial ini memberi manfaat kepada semua ;)

      Padam
  7. wow bagus info ni, saya suka beli kat namecheap

    BalasPadam
  8. Senang je, lagi-lagi bila dah ada tutorial macam ni. Kalau masih tak konfiden, boleh mintak team netkl untuk buatkan :)

    BalasPadam
  9. Good sharing mai... Insha Allah suatu hri nanti nak jugak bertukar domain.. Hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)