Bersihkan Penghawa Dingin dengan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner

Maisarah Humaira | 15.11.17 | 22 Komen

Mengapa masih perlu berbelanja untuk menyelenggara penghawa dingin?


Menyedari berlakunya peningkatan kos sara hidup ketika ini, kita seharusnya menilai semula perbelanjaan dengan cermat. Antara perkara yang mungkin boleh dilakukan ialah dengan melakukan rutin pembersihan sendiri tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang bagi mengupah khidmat kontraktor walaupun untuk menyelenggara penghawa dingin.

Kebanyakan rumah di Malaysia pastinya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin untuk keselesaan hidup sekeluarga namun, harganya bukan murah dan sudah tentu pengguna mengharapkan ia mampu bertahan lama. Bagi memastikan alat penghawa dingin sentiasa berfungsi dengan baik, pengguna harus melakukan rutin pembersihan dan penyelenggaraan dengan sebaiknya.

Kerja pembersihannya sebenarnya bukanlah terlalu rumit seperti apa yang disangka malah, ia lebih mudah dengan adanya produk WD-40 iaitu ejen pembersihan terbaik 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner.

cara bersihkan penghawa dingin

Ejen pembersih berasaskan air ini mampu menanggalkan kotoran, debu, kulat serta kotoran lain yang terkumpul dari dalam gegelung penyejukan penghawa dingin berkenaan. Ia tidak perlu dibilas. Ini adalah cara mudah untuk menggunakan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner:
  1. Utamakan keselamatan, tutup suis penghawa dingin anda. 
  2. Alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis. 
  3. Semburan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner pada sirip penyejuk secara menegak dari bawah ke atas bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan. 
  4. Biarkan sirip penyejuk selama dua minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. 
  5. Buka suis penghawa dingin semula dan biarkan selama 15 minit untuk memastikan kotoran dapat dikeluarkan daripada hos saliran. 
cara bersihkan penghawa dingin

Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai! 

Sebaik selesai melakukan pembersihan, alat penghawa dingin anda lebih sejuk sekaligus mampu menjimatkan tenaga elektrik. Apa yang lebih baik ialah anda berupaya menikmati udara lebih bersih dan nyaman! Jadi, simpan wang anda kerana tidak perlu lagi berbelanja hingga beratus ringgit untuk mengupah orang lain membersihkan alat penghawa dingin di rumah dan lakukannya sendiri ! Jadilah pengguna yang bijak.

Untuk mendapat tips dan idea lebih lanjut berkaitan penjagaan rumah, sila lawati http://wd40asia bagi produk WD-40® serta rangkaian produk 3-IN-ONE®.

Tentang Produk 3-IN-ONE®


Jenama 3-IN-ONE® mula terkenal sejak tahun 1894 lagi. Ia telah menyelesaikan pelbagai masalah dan membuatkan orang tersenyum. Inilah penyebab syarikat WD-40 terlibat dengan bisnes 3-IN-ONE Oil pada 1995 dan dari masa ke masa melakukan inovasi bagi menghasilkan produk terbaik dengan sistem terbaik.

Pakar dalam solusi produk tahan lasak yang sentiasa menjadi pilihan pengusaha dan pusat diy, , jenama 3-IN-ONE® antara produk berkualiti syarikat WD-40. Layari laman sesawang Asia untuk maklumat lanjut https://goo.gl/NiDfNd; atau http://wd40.asia/products/3-in-one/3-in-one-professional-air-conditioner-cleaner


Tentang syarikat WD-40 


Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka .seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia


22 ulasan:

  1. menarik ni..dah boleh jimat belanja bila kita boleh buat sendiri kan..

    BalasPadam
  2. Bagus produk ni. Aircond dah xberapa sejuk ni.

    BalasPadam
  3. Bagus produk ni. Aircond dah xberapa sejuk ni.

    BalasPadam
  4. Tak sangka kite boleh cuci air cond sendiri. Biasanya memang panggil orang sebab ye lah kan. Takut salah bukak sana sini, rosak pulak. Tapi kalau guna ni nampak senang

    BalasPadam
  5. Ini sangat menarik ni....bole cuba produk ni untuk aircond kat rumah...

    BalasPadam
  6. produk menarik dan memudahkan pengguna utk cuci sendiri aircond.jimat duit hehe

    BalasPadam
  7. wah ada untuk penghawa dingin sekali ? I tak ada air cond kat rumah tapi mungkin akan rekomen pada jiran sebab dia ada air cond haha ! I tak boleh sejok sejok rasa nak demam jem haha

    BalasPadam
  8. wah.. bagusnya.. lepas ni pengudaraan dalam rumah atau pejabat pun akan lebih bersih dan segar. woohoo!

    BalasPadam
  9. i can save my money to service air-con!
    I can do it myself

    BalasPadam
  10. Rawlins dah banyak dah baca review pasal produk WD 40 dan memang ada guna a few products dia pun. So, next boleh la nak guna 3 in One ni. TQ share

    BalasPadam
  11. Yahhh...sis pun selalu bersihkan aircon sendiri, kalau panggil org service mahal..hehehe. Nanti boleh cuba produk ni

    BalasPadam
  12. wow under WD-40 jugak? seems like if is this brand then it can be more trusted! haha

    Which Income Group Do You Belong To?

    BalasPadam
  13. Tak tau pun nak bersihkan ekon bleh guna 4WD ni...lepas ni senang la..tak yah panggil orang servis ekon dah kan

    BalasPadam
  14. I wonder how much per bottle ? I interested to get 1 to try it out too.

    BalasPadam
  15. bagusnya dapat bersihkan penghawa dingin dengan simple steps je.. syok!

    BalasPadam
  16. Terbaiklah produk ni. Boleh buat sendiri kat rumah. Tak perlu upah orang. Jimat

    BalasPadam
  17. Tak suka pakai aircond juga sebab semput. Kalau ada pun mesti panggil org untuk servis. Baguslah ada 3-IN-ONE ni, bolehlah jimat bagi yang mana pakai penghawa dingin.

    BalasPadam
  18. This is a pretty great product.. will check it out when I can next...

    BalasPadam
  19. Pernah dengar kaedah ni dulu tapi belum pernah try lagi. lapang" ni nanti baru cuba,ac pun dah x berapa nak sejuk ni

    BalasPadam
  20. wahhh menarik juga kalau ada benda nie boleh bersihkan asyik kena servis jer acc tu.

    BalasPadam
  21. Kalau guna aircond memang selalu service tp sis mmg tak ada aircond rumah

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa