Lagu Attention - Charlie Puth Versi Islamik, Mantap Liriknya! - MaisarahSidi.com Lagu Attention - Charlie Puth Versi Islamik, Mantap Liriknya!

Lagu Attention - Charlie Puth Versi Islamik, Mantap Liriknya!

Perhatianmu (Attention Cover) Nyanyian The Faith


Sedapkan rentak lagu Attention yang dinyanyikan oleh Charlie Puth? Mai pun suka dengarnya hehe. Tapi biasalah liriknya kan. Nak perhatian daripada seorang wanita. Berlawanan dengan Islam yang sepatutnya menundukkan pandangan dengan ajnabi. Maka The Faith bawakan lagu Attention dalam versi Islamik yang bertajuk Perhatianmu.

The Faith - Perhatianmu (Attention Cover)


Menurut seperti yang diberitahu di akaun YouTube The Faith, sebenarnya lagu ni mengisahkan tentang seseorang yang nak CLASH kerana dia tahu, couple dan ikhtilat itu dosa. Jadi, dia nak berubah dan nak move on. Dia nak mengejar cinta Allah yang telah lama dia abaikan, yang telah lama dia tinggalkan akibat terlalu lama buta dengan cinta manusia.


Namun, bila dia nak clash, si dia tu asyik kacau hidup dia, ganggu hidup dia dengan mengungkit kisah silam, mengejar, menghina dia dan sebagainya lagi, bagi memastikan kembali pada si dia.

Tetapi, ujian berat mana pun yang berlaku, dia dah tekad untuk berubah dan kembali pada Allah kerana lebih penting untuk mendapatkan perhatian dan cinta Allah daripada manusia.

Jom dengarkan . . .



THE FAITH - PERHATIANMU (Attention Cover)


(VERSE - Amir)
Tikaku berubah berubah berubah melupakan tentang dia,
Lalu dirinya dirinya dirinya mengejar..
Namun hatiku hatiku hatiku tak pernah tenang dengannya,
Tak mampu aku menipu menipu diriku..

(PRE CHORUS - Fahimi)
Namun mengapa engkau menggangguku?
Biarku hidup sendirian
Kerana cinta palsu yang terbina,
Jauhkanku dari cintanya!

(KORUS - Aniq)
Bukan perhatian kau yang ku damba,
Walau ku di hina dina cela denganmu..
Ya, kerna perhatian-Nya yang ku damba,
Ku rela di hina dina cela kerna-Nya!

(VERSE 2 - Amir)
Kan ku teruskan teruskan teruskan hidup ini tanpa kamu,
Kerna ku mahu ku mahu ku mahu cinta-Nya,
Walau ujian ujian ujian menggangguku tanpa henti, Namun tidakku tidakku tidakku berpaling!

(PRE CHORUS - Fahimi)
Namun mengapa engkau menggangguku?
Biarku hidup sendirian,
Kerana cinta palsu yang terbina,
Jauhkanku dari cintanya!

(KORUS - Aniq)
Bukan perhatian kau yang ku damba,
Walau ku di hina dina cela denganmu..
Ya, kerna perhatian-Nya yang ku damba,
Ku rela di hina dina cela kerna-Nya!

(BRIDGE RAMAI-RAMAI)
Biarkan ku sendiri biarku sendirian,
Biarkanku sendiri, tinggalku sendirian.
Biarkan ku sendiri biarku sendirian,
Biarkanku sendiri, tinggalku sendirian..

(Pre chorus Aniq)
Namun mengapa engkau menggangguku?
Biarku hidup sendirian,

(Fahimi)
Kerana cinta palsu yang terbina,
Jauhkanku dari cintanya!

(KORUS Akhir - Firdaus)
Bukan perhatian kau yang ku damba,
Walau ku di hina dina cela denganmu..
Ya, kerna perhatian-Nya yang ku damba,
Ku rela di hina dina cela kerna-Nya!!

Huu..

Bukan perhatian kau yang ku damba,
Walau ku di hina dina cela denganmu..

Lagu asal: Charlie Puth
Lirik: Ustaz Adnin
TARBIAH SENTAP RECORDS 


Perghh.. terbaiklah liriknya! Suara The Faith pun tidak kurang hebatnya. Sedap-sedap belaka. Sebuah lagu dan bait lirik yang menjentik hati, mengingatkan diri supaya sentiasa menjadikan Allah sebagai nombor satu, tidak kira dalam apa jua keadaan.

Fuhh... tersentap hati.


Catat Ulasan

6 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)