Penyelesaian Masalah Skrin Hitam Siaran Digital myFreeview

Masalah Skrin Hitam Siaran Digital myFreeview 


Hampir 7 bulan TV di rumah telah disambungkan dengan dekoder MYTV. Alhamdulillah, abah Mai adalah salah seorang penerima dekoder MYTV basic. Basic pun kira ok sangat dah. Tiada bayaran bulanan untuk siaran digital ini. Cara pasang dekoder tersebut juga mudah. Tak ambil masa yang lama pun.

Gambar TV sangat jelas dengan menggunakan dekoder MYTV. Tiada lagi bintik-bintik hitam atau gambar melayang. Sebelum menggunakan dekoder ini, gambar TV memang banyak keluar bintik-bintik je. Nak tengok pun takde mood. Sehingga hari ini, Mai sangat berpuas hati dengan paparan siaran digital percuma myFreeview

Tapi baru-baru ini, timbul masalah skrin jadi hitam je. Skrin TV tidak keluar sebarang gambar. Bukan gambar je tak muncul, bunyi pun tiada. Hanya paparan program sahaja yang muncul. Panik juga bila datang masalah begini. Tiba-tiba je jadi macam ni sebab tak usik dekoder pun. Risau juga kalau TV yang rosak. huhu. Mai terus menghubungi pihak MYTV dan bertanya tentang masalah yang dihadapi serta cara menyelesaikannya. Rupanya mudah je caranya.

Skrin Siaran Digital myFreeview Hitam
Alamak.. hitam pulak dah....

Anda pernah mengalami masalah ini tak? Mai kongsikan cara mudah untuk menyelesaikan masalah skrin myFreeview jadi hitam serta tidak mengeluarkan bunyi.

Cara penyelesaiannya:

1. Tekan butang Menu (Foto 1) pada alat kawalan jauh MYTV.

menu remote control MYTV
Foto 1

2. Akan muncul paparan ini seperti Foto 2. Pilih Tetapan Kilang (klik butang OK pada alat kawalan jauh MYTV). Kemudian akan muncul kotak pin (Foto 3) dengan empat petak kosong. Masukkan nombor 0000 pada kotak tersebut.

cara cari channel myFreeview
Foto 2
cara cari channel myFreeview
Foto 3

4. Seterusnya, tekan butang biru untuk carian saluran. 

remote control MYTV
Foto 4

5. Tunggu sehingga senarai saluran muncul (Foto 5). Beberapa saat selepas itu, gambar dan bunyi muncul kembali. 

channel myFreeview
Foto 5

Alhamdulillah... boleh dah tonton Siaran Digital myFreeview semula.

Mudah je kan caranya? Lepas ni kalau TV anda mengalami masalah yang sama seperti ini, bolehlah cuba cara ini. Kalau ada sebarang masalah yang berkaitan dengan dekoder MYTV atau siaran Digital myFreeview, jangan segan untuk hubungi mereka di nombor ini 1 300 80 6988.



{ 23 comments.. read them below or add one }

Hanny Abdullah Hanny Abdullah Disember 28, 2017
Tak pernah lagi alami tv tak kuar gambaq sb pakai astro. Kalau alami masalah mcm ni leh lah cuba nanti
Ana Suhana Ana Suhana Disember 28, 2017
Bagus info ni utk sesiapa yang alami masalah yg sama.

Alhamdulillah rezeki ayah mai dpt decoder free. Rumah kak ana tak layak tau tahu knp. Layan astro je lah nampaknya. Tp yg free punya lah.

Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi Disember 28, 2017
alamak. takde lagi MYTV dekat rumah. tapi good sharing. In shaa Allah bantu selesai masalah.
Fadzi Razak Fadzi Razak Disember 28, 2017
Lah, ada jugak masalah macam ni ye myfreeview ni. Nasib baik ada solution. Saya je yang masih tak pakai lagi myfreeview ni.
Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari Disember 28, 2017
Tak guna MyTV tapi bagus juga rujukan begini. Mana tahu kalau ada problem untuk kawan-kawan atau ahli keluarga yang gunakan, mesti bermanfaat ni. Tq ya!
Syafiera Yamin Syafiera Yamin Disember 28, 2017
i tak ada benda ni, haha, i pakai TV Android neway nice info :)
Shasratul Kamaruddin Shasratul Kamaruddin Disember 28, 2017
Bestnya kalau boleh dapat MYTV ni. Sekarang ni guna astro tapi tak best. Huhu
khalisah hazrina khalisah hazrina Disember 28, 2017
sy dh pakai mytv. ok noted for this info at least if anything happen boleh refer kat entry ni
Lia Hasty Lia Hasty Disember 28, 2017
Kat rumah masih pakai astro kecuali kalau kilat je akan terggangu skit lah. Tips berguna ni. Mana tahu tiba2 satu hari guna MYTV.
Bella Jamal Bella Jamal Disember 28, 2017
Zaman sekarang semua dah canggih. Siaran tv pun lebih cantik melalui siaran digital dan juga internet protokol TV. Baguslah buat step utk troubleshoot. Boleh dijadikan panduan bg yang tidak tahu.
Mohamed Khaidir Mohamed Zaraai Mohamed Khaidir Mohamed Zaraai Disember 28, 2017
Oh yes. Saya ada kawan saya pakai Digital myFreeview. Dia pun ada masalah sama. Nanti saya sharekan artikel ini kepada dia.
Amanda Suria Amanda Suria Disember 28, 2017
Akak pun masih guna astro..x tau la bila nak bertukar..diorang ckp hypp tv bagus..x tau la...bagus perkongsian..sesapa yang nak guna mytv bleh cari info kat sink
tenku butang tenku butang Disember 28, 2017
O.. macam tu rupanya.. tapi kalau pengguna Smart TV macam TB lak.. caranya serupa jugak ke?
Marshalizadotcom Marshalizadotcom Disember 28, 2017
Tq sharing ttg MyTV ni...kat umah masih guna ASTRO lagi. Tp mana tau nak tukar ke nanti boleh rujuk sini
Salina Johari Salina Johari Disember 28, 2017
Tempoh hari katcarea office ada perasan bootoh MYTV nintapi tak tersinggah sebab nak cepat..nampak dari jauh macam murah gak..tq sis sharing
iffah hussin iffah hussin Disember 28, 2017
MyTV boleh buat gini eh... Bonde baru tau Bonde guna TMNet punya siaran
yaya_flanella yaya_flanella Disember 29, 2017
Kita pakai Astro lagi tapi takpe kalau ada kawan2 yg pakai mytv kita boleh suruh diorang rujuk sini kalau ada problem hee
Nisa Nisa Disember 29, 2017
I'm using ASTRO for now. Thinking about stopping the contract after 2 years ni. Kerja dalam bidang Medical ni memang tiada masa untuk tengok... MYTV might be my next usage after the contract ends. Memang mencari yang tidak berbayar xD
azrinros azrinros Disember 31, 2017
Baru pasang box di kampung. Syukur alhamdulillah tidak ada masalah tersebut. Lain kali kali terjumpa seperti masalah didalam post ini boleh rujuk disini.
danan wahyu danan wahyu Januari 04, 2018
nice information buat yang tak tahu problem solving
Sunshine Kelly Sunshine Kelly Januari 06, 2018
Oh thanks for the sharing, will take note on that.

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)