Selesa Bekerja dengan Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse

Mouse tanpa bunyi klik dari Logitech


Tetikus atau mouse adalah aksesori komputer yang wajib Mai guna. Kalau rosak atau tiada, susah juga nak siapkan kerja. Lagi-lagi kalau buat kerja-kerja reka bentuk grafik, memang Mai sangat-sangat perlukan tetikus. Baru-baru ini, Mai beli Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse.

Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse
Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse

Tetikus yang biasa ada bunyi 'klik2' tu kan. Jemu dah guna tetikus jenis macam tu. Kuat bunyi klik2 nya sampai boleh mengganggu orang lain pula heeee. Mai memang sedang mencari tetikus tanpa bunyi. Saja tengok-tengok di laman web Lazada. Lalu, jumpalah tetikus jenama Logitech ini siap dengan silent plus. Tetikus ini Mai beli di Lazada sempena jualan Lazada Online Revolution pada 12 Disember 2017 hari tu. Harganya pun berganda-ganda murahnya ketika jualan tersebut berlangsung. Apa lagi, terus je klik butang Add to Cart.

mouse tanpa bunyi

Diskaun 34% tu! Memang kena belilah. Bila lagi nak dapat harga macam ni kan. Dah lama tengok dia ni. Kali ini baru sempat nak beli hehe.

Cepat juga penghantaran dibuat, barang sampai di rumah dalam tempoh masa yang diberitahu. Dapat je bungkusan terus buka. Teruja nak guna tetikus senyap ni hehe. Tetikus ini diletakkan dalam kotaknya yang dibalut dengan bubble wrap. Jadi, terhindar daripada hentakan dan kerosakan. Alhamdulillah barang selamat sampai.

Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse ini besar juga saiznya tetapi sedap dipegang. Tepi sebelah kiri tetikus ini terdapat alur untuk ibu jari yang membuatkan ia selesa dipegang. Bab bunyi pula, kalau klik masih ada bunyi tapi tidak seperti bunyi yang biasa didengari daripada tetikus biasa yang kuat bunyinya. Tiada bunyi klik yang kuat. Yang ni Mai puas hati. Tekan pun best, smooth je rasa.

Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse
Bateri disediakan di dalam tetikus ini

Sebiji bateri bersaiz AA beralkali jenama GP juga disediakan dalam tetikus tanpa wayar ini. Dah la beli harga murah, dapat bateri percuma lagi tu. Nak jimatkan penggunaan bateri, jangan lupa off kan butang yang ada di bawah tetikus tersebut. Tapi kalau terlupa off, tetikus M330 Silent Plus ini secara automatik akan 'meletakkan dirinya' dalam mod 'tidur' apabila tidak digunakan. Jimat kan? Cara guna pun mudah je. Hanya cucuk Nano Receiver pada USB komputer peribadi atau laptop dan boleh terus gunakannya.

Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse
Bahagian bawah tetikus

Tetikus ini juga masih  dapat berfungsi dengan baik walaupun atas permukaan yang kasar. Yang ni Mai dah cuba. Memang betul. Warna pula, selain daripada warna hitam, tetikus ni juga terdapat dalam warna biru dan merah. Kalau tak suka warna hitam, bolehlah pilih warna tu. Yang menariknya tentang tetikus ni adalah ada warranty setahun tau.

Kalau tengok di laman web Lazada, ada pelbagai harga untuk tetikus jenis ini. Pilih yang mana paling murah dan banyak testimoni positif daripada pengguna. Secara keseluruhannya Mai sangat berpuas hati dengan Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse ini. Tak sia-sia belinya. 

Anda kalau dah bosan dengan tetikus biasa yang kuat bunyi kliknya, bolehlah cuba menggunakan tetikus tanpa wayar Logitech M330 Silent Plus. Pasti anda puas hati.


{ 36 comments.. read them below or add one }

Maria Firdz Maria Firdz Disember 25, 2017
Menarik.. Tapi jenama ni memang terbukti tahan lama...
Pendekar Pendekar Disember 26, 2017
Logitech memang best. Tahan lama dan tak mudah rosak. Terbaik pilihan anda.
Ezna Ahmad Khalili Ezna Ahmad Khalili Disember 26, 2017
Tetikus zaman sekarang dah makin canggih dah. Zaman dulu tetikus ni memang agak bising bunyi klik klik tu. Saya pun suka tetikus wireless....
Zharif Azis Zharif Azis Disember 26, 2017
Menarik. First time jumpa. Mmg sedikit annoying mouse yg kuat bunyi kliknya. Lebih2 lg nk buat something yg memerlukan utk kita klik2.
Annur Syuhadah Annur Syuhadah Disember 26, 2017
AS memang pakai mouse logitect sejak.zaman belajar lagi. Memang masa tu harga dia, Ya robbi mahall! Tapi sekarang anak nak masuk 3, baru rosak. Memang berbaloi dan menang memakai sangat dah hihi
AjuyaRashid Agen Shaklee Putra Heights Puchong AjuyaRashid Agen Shaklee Putra Heights Puchong Disember 26, 2017
wahh macam best.. next time boleh try yg ni jgk
tenku butang tenku butang Disember 26, 2017
wah.. terbaik ni.. selalu mouse ada bunyi klik2 tu.. tapiyang senyap aje.. bagus ni.. lain dari yang lain.. plak tu boleh digunakan dengan lancar walaupun di permukaan kasar ye?
Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari Disember 26, 2017
sejujurnya, saya selalu beli mouse yang murah saja. kadang2 ada yang tahan lama dan ada pula yang tidak. tapi nanti bolehlah consider cuba yang ini pula. hihi
Fadzi Razak Fadzi Razak Disember 26, 2017
Saya pun pakai brand yang sama, wireless jugak. Tapi saiz lebih kecil, betul-betul muat satu genggaman tangan orang perempuan. Dah lama pakai. Serius best sebab wayar tak kacau semua
Ana Suhana Ana Suhana Disember 26, 2017
Menarik ni mai especially part battery saver tu. Kadang kak ana lupa nk off kan bateri tu. Tgk Saiz dan reka bentuk pun nampak selesa.
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi Disember 26, 2017
best dan selesa kalau kena dengan saiz jari kita. hehee
Angel Ho Angel Ho Disember 26, 2017
Memang die hard fan Logitech Kat sini. Ada wireless keyboard jugak. Tapi tak pernah try silent mouse ni
Shasratul Kamaruddin Shasratul Kamaruddin Disember 26, 2017
Murah je. Nak cari jugak lah. Mouse tu dah macam gendang bunyinya 😂😂
Ying 頑壞 Ying 頑壞 Disember 26, 2017
Good brand. Queit is an added value, I love scrolling while all my kids are asleep 😂
Maya Maya Disember 27, 2017
Memang bagus ada mouse silent ni. Kita antara orang yang tak suka dengan gangguan bunyi
Nisa Nisa Disember 27, 2017
To be honest, I kind of miss those clicky-clicky mouse. Make the online gaming more interesting.
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
betul.. siap ada warranty lagi tu
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
betul tu. sangat berbaloi beli walaupun harga lebih daripada mouse biasa
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
kemas meja kalau guna mouse wireless ni. takde wayar kan :)
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
tau takpe. takut sampai mengganggu orang pula dengan bunyi klik tu
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
tahan lama kan jenama ni. betul, memang berbaloi walaupun harganya agak mahal
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
best :) sebab bunyi klik2 tu takde
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
ye betul. sampai dah try kat dinding rumah hihi
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
yang murah tak semestinya tak bertahan lama, asalkan kita guna dan jaga ia elok2 insyaAllah lama jangka hayatnya.
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
betul tu. tu salah satu sebab saya beli wireless punya
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
betul, salah satu kelebihan yang ada pada Logitech M330 Silent Plus Wireless Mouse ni. selesa sangat waktu guna
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
ya.. Logitech Silent Plus Wireless Mouse juga ada yang bersaiz kecil daripada model M330 ni. jadi ada pilihan untuk kita
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
samalah dengan saya :) guna speaker jenama Logitech
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
hihi.. cepat2 cari sementara harga masih murah hehehe
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
tak menggangu anak-anak tidur kan :)
Maisarah Humaira Maisarah Humaira Disember 27, 2017
iya. lebih selesa bekerja kan
Syafiera Yamin Syafiera Yamin Disember 27, 2017
i pun beli Mouse logitech tapi ada rekaan yang cantik comel tu
JMR JMR Disember 27, 2017
kadang-kadang bunyi klik klik tu boleh sampai ke meja sebelah..annoying hahaha..
iffah hussin iffah hussin Disember 27, 2017
Wahhh best yea guna logitech ni yea... Tapi baru beli hari tu yang biasa-biasa sahaja dkt popular bookstore RM 20+ next time bolehlah guna yang ni... Kalau yang ini membantu tugas2 blogging dengan pantas he he he

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)