Telah Tiba Tahun Baru 2018

Selamat Tahun Baru!


Pejam celik, pejam celik... kita sudah pun berada dalam tahun 2018! Pantasnya masa berlalu meninggalkan kita.

ucapan tahun baru
Pinjam web banner tempahan pelanggan jap 😁

Setiap kali menjelang tahun baru, pasti masing-masing sudah menetapkan azam dan cita-cita yang ingin dilaksanakan dalam tahun yang mendatang. Ia seperti perancangan kasar tahunan. Sedikit sebanyak ia membantu kita lebih fokus untuk melaksanakan azam dengan jayanya. Menjadikan kita lebih bersemangat dalam mencapai sesuatu perkara yang diinginkan apabila sudah ada arah tuju.

Tahun baru, ini bermakna umur juga umur baru. Semakin bertambah umur, semakin hampir kita dengan waktu yang itu. Waktu yang Allah telah tetapkan untuk setiap manusia pulang kembali kepada-Nya. 

Sudah semestinya masing-masing menginginkan yang terbaik dalam segala hal dalam tahun tersebut. Hanya kita yang dapat mengubah diri sendiri menjadi lebih baik dalam setiap perkara yang dilakukan. Buat baik untuk dapat yang terbaik.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pembaca. Untuk tahun 2018 ini, semoga pencapaian dalam pelbagai perkara untuk tahun ini lebih baik dan semakin baik daripada tahun sebelumnya, InsyaAllah.


2 comments.. read them below or add one

Diana Rashid Diana Rashid Januari 02, 2018
Selamat tahun baru..semoga tahun ni banyak memberi kebaikan dan kegembiraan..
mamapp mamapp Januari 02, 2018
selamat tahun baru dari mama juga ye

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)