Cara Penjagaan Basikal Supaya Sentiasa Dalam Keadaan Baik

Tips Penjagaan Basikal dengan produk WD-40®


Cara menjaga basikal dengan produk WD-40® | Membelanjakan wang beribu untuk sebuah basikal yang cantik bagi memperoleh perasaan yang begitu mengujakan dalam pengalaman menunggang basikal? Ini antaranya: sementara anda menikmati saat menunggang basikal dengan lancar, jangan dilupakan tiga perkara penting untuk menjaga dan memastikannya dalam keadaan terbaik.

cara menjaga basikal

Kita berbicara mengenai KEBERSIHAN. PELINCIR. PERLINDUNGAN. Setiap langkah berkenaan sangat penting, dan bagi setiap kaedah dan langkah yang digunakan membawa ke arah mengekalkan basikal anda sebagai mesin yang paling berkuasa, sama seperti saat pertama kali anda membelinya. 

Oleh sebab itu WD-40®  telah dibangunkan secara komprehensif, yang merupakan produk untuk penjagaan basikal yang menyeluruh serta telah diuji dengan teliti untuk menyediakan pembersihan, pelinciran dan perlindungan yang terunggul bagi mesin tercinta anda. 

Terdapat lima produk yang direka khas di bawah barisan penjagaan basikal ini, bagi memenuhi keperluan berbasikal dan penyelenggaraan yang berbeza. Antaranya ialah:

1) Pencuci Basikal Pelbagai Guna WD-40® 

Pencuci Basikal Pelbagai Guna WD-40®
Fungsi -- kesan surfaktan yang kuat sama ada kotoran dan minyak mampu dihilangkan, menjadikannya berkilau bersih semula. Ia selamat untuk semua permukaan basikal, termasuk serat karbon, titanium, krom, aluminium keluli, getah, dan plastik. 


2) Penanggal Minyak & Pembersih Rantai Basikal WD-40® 

Penanggal Minyak, Pembersih Rantai Basikal WD-40®
Fungsi -- dalam beberapa saat saja buih yang digunakan bertindak pantas membersihkan kotoran yang menempel pada permukaan dan menghilangkan minyak dan kotoran yang degil. Selamat untuk kemasan dan komponen basikal, tanpa perlu menggunakan pelarut sitrus atau asid. 


3) Pelincir Kering Rantai Basikal WD-40® 

Pelincir Kering Rantai Basikal WD-40®
Fungsi -- ini mengandungi formula polimer eksklusif yang mencipta filem kering untuk membuang habuk dan kotoran; sesuai untuk keadaan kering dan berdebu yang melampau. 


4) Pelincir Rantai Pelbagai Basikal WD-40® 

Pelincir Rantai Pelbagai Basikal WD-40®
Fungsi -- pelincir berprestasi tinggi dan tahan lama untuk sebarang keadaan kering, basah atau berbeza-beza; ia bagus untuk mengelakkan kerosakan geseran dan memanjangkan hayat rantai basikal. 


5) Pelincir Basah Rantai Basikal WD-40® 

Pelincir Basah Rantai Basikal WD-40®
Fungsi -- sesuai bagi keadaan basah melampau dan bersalji, ini juga dicipta dengan formula eksklusif yang menghasilkan salutan tahan lama untuk menangkis air dan lumpur. 


Tips untuk mengekalkan basikal dalam keadaan baik


Di sini juga ada beberapa tips untuk mengekalkan basikal anda sentiasa dalam keadaan baik: 

1) Jika anda hendak membersihkan rantai basikal anda, pastikan anda berbuat demikian dengan kedudukan basikal anda berada dalam keadaan statik, kerana menggerakkan rantai berulang kali akan melemahkan pautan dan dari masa ke masa boleh menyebabkan kegagalan. 

2) Untuk menghilangkan minyak secara berkesan pada rantai basikal, letakkan basikal anda di atas tempat kerja anda dan beralih kepada gelang rantai terbesar dan di tengah gigi gear. Sembur dengan WD-40® BIKE. 

3) Penghapus & Pembersih Rantai dalam rantai dan gelang rantai basikal. Gosok kotoran dengan berus yang agak keras. Bilas atau lap kering. 

4) Apabila anda ingin melincirkan rantai basikal anda, titiskan pelincir ke setiap roller bukan hanya meletakkannya di sepanjang rantai basikal. Bagaimanapun, pelincir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap rantai luar kerana ia hanya berfungsi untuk mengurangkan geseran dan memastikan kotoran luar tidak masuk ke dalam roller. Jadi pastikan rantai digosok dengan kain selepas pelincir dibiarkan seketika, kerana sebarang pelincir yang tertinggal di luar rantai akan menjadi magnet untuk kotoran.

5) Apabila membasuh basikal anda, jangan lupa bahagian rangka bawah dan sepit udang, di mana bahagian berkenaan paling mudah tersangkut. Sembur basikal anda dengan Pencuci Basikal Pelbagai Guna WD-40®, kemudian guna berus lembut dan sembur ke semua sudut dan celah untuk mengeluarkan kotoran. 

Seperti mana-mana peralatan, permainan atau harta benda yang lain, penyelenggaraan adalah kunci untuk memastikan semuanya berfungsi bagi tempoh masa yang lama. 

Untuk mendapatkan lebih banyak tips atau langkah terbaik bagaimana untuk menjaga basikal anda, boleh melayari laman web, www.wd40.asia atau emel ke wakil Siri Basikal WD-40 di sales@2escape.bike atau menghubungi talian 03-2724 3808.


Tentang syarikat WD-40 


Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.

WD-40 Company

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka .seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia


5 ulasan:

  1. Bagus sangat WD40 ni kan...buka setakat basikal, kereta malah segala barangan pun bleh guna WD40 utk bersihkan..memang perlu ada kat semua rumah ni

    BalasPadam
  2. Ingatkan produk WD-40 nih untuk besihkan barang di dapur dan air cond saja.tak sangka ada Wd-40 untuk basikal juhakkan.bagus ada produk mcm nih boleh pastikan basikal seniasa dalam keadaan terjaga dan bersih

    BalasPadam
  3. Lama betul lia x cycling. Habis basikal tu berhabuk tinggal kt umah. Bagus produk WD40 ni. Bolehlah start balik jaga basikal ni.


    www.liahasty.com

    BalasPadam
  4. Thanks for the sharing, I have WD-40 at home also. Its so handy and useful for all the diy and home repair.

    BalasPadam
  5. bestnya tgk bila org kayuh basikal..sbb saya tak pandai lansung..kayuh or balance basikal

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon