Hari Jumaat Ada Waktu Istimewa Doa untuk Lebih Mustajab

Waktu Mustajab Berdoa pada Hari Jumaat


Allah amat suka kepada hamba yang meminta kepada-Nya. Berdoa dan meminta kepada Allah adalah yang sebaik-baiknya. Yang penting, usaha jangan ditinggalkan. Anda tahu tak, hari Jumaat adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab?

Waktu mustajab berdoa hari Jumaat
Sumber Foto Google

Bilakah waktunya?

Waktu Pertama : ketika imam mula duduk di atas mimbar sehingga solat Jumaat.

Waktu Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi 

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)


Berdoalah dengan adab-adab menurut sunnah seperti berikut :-

1. Menghadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan boleh menyapu muka di akhir doa.( sapu wajah selepas doa ada khilaf ulama kerana hadisnya diperdebat kerana dikategorikan sbg dhoif, namun Al-Hafidz Ibn Hajar dalam kitab Bulughul Maram berijtihad bahawa hadis-hadisnya saling mengukuh maka boleh diamalkan, bagi yang nak tinggalkan juga boleh. Namun ulama mazhab as-Syafie seperti Izzudin Abd Salam menolak amalan sapu muka lepas doa, demikian nukilan Al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj,1/370)

2. Merendahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang).

3. Hadir hati, Khusyu' dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.

4. Datangkan rasa 'confirm' doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah swt.

5. Merayu bersungguh maka seeloknya diulang tiga kali.

6. Membuka doa dengan 'Majami' al-Hamd' (induk dan penghulu lafaz pujian kepada Allah swt - tahukah kalian bacaannya? selawat ke atas Rasul s.a.w dan diakhiri juga sedemikian.

7. Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.

8. Memahami doa yang dipinta.


Ayuh berdoa meminta kepada-Nya dengan penuh kesungguhan. Semoga usaha dan doa kita diizinkan Allah untuk menjadi kenyataan. InsyaAllah.


Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman (2 Februari 2018)


6 ulasan:

  1. Betul.. Dan terima kasih atas perkongsian hebat ini

    BalasPadam
  2. Jom perbanyakkan doa dan selwata hari jumaat ni. Mudah2an doa kita dimakbul Allah.

    BalasPadam
  3. perkongsian yang bagus
    alhamdulillah :)

    BalasPadam
  4. hi. jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    BalasPadam
  5. Memang rugi siapa yang tak rebut waktu mustajab ni untuk doa yang baik-baik

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon