Siti Aafiyah, Nama Sebenar Anak Siti Nurhaliza yang Comel

Maisarah Humaira | 26.3.18 | 4 Komen

Nama Sebenar Anak Siti Nurhaliza


Kehidupan pasangan Siti Nurhaliza dan Dato K kini lebih berseri dengan kehadiran seorang bayi perempuan yang diberi gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu sebelum diberi nama sebenar. Alhamdulillah, kini si Comel Pipi Merahnya dah pun memiliki nama yang penuh makna iaitu Siti Aafiyah Binti Khalid.

siti aafiyah, anak siti nurhaliza
Siti Aafiyah Binti Khalid, nama secantik orangnya
Foto dari akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk

Semalam, 25 Mac, pasangan ini telah mengumumkan nama sebenar anak mereka di Youtube akaun Siti Official Video. Semalam juga telah diadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik. Gembiranya tengok Siti Nurhaliza bersama si Comel Pipi Merahnya tu.

Comelnya wajah bayi Siti Nurhaliza ni. Secantik namanya. Menurut Siti Nurhaliza, nama Siti Aafiyah ini diambil daripada sebuah doa pendek tetapi mempunyai makna yang sangat besar iaitu...

doa aafiyah

Doa ini pendek sahaja tapi MasyaAllah besar makna disebaliknya. Suka nama Siti Aafiyah yang diberikan oleh ibu bapanya. Nama yang memiliki maksud yang sangat cantik. Ringkas je namanya tetapi mendalam maksudnya. Inilah yang sebaik-baiknya jika nak berikan nama pada bayi. Tak perlu panjang-panjang atau bagi nama yang susah nak disebut. Biar pendek janji ada makna dalam Islam.

Untuk Siti Aafiyah, semoga membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah kepada ibu bapa. Kamu adalah anugerah yang terindah untuk ibu bapa kamu yang telah bertahun menanti dirimu untuk lahir di dunia ini. 

Semua peminat seronok sangat tengok kegembiraan keluarga kecil penyanyi nombor satu negara ini. Rasa nak menangis sebab gembira pun ada ni. Yelah, Siti adalah antara artis yang baik perilakunya dengan orang disekelilingnya. Tutur kata yang dikeluarnya pun sentiasa baik dan sopan.

Apa pun semoga Siti Nurhaliza sekeluarga dilimpahkan rezeki yang baik dan sentiasa di bawah keredhaan Allah. InsyaAllah.


4 ulasan:

  1. Alhamdulillah, cantik nama Aafiyah..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...syukur..moga Siti Aafiyah membesar menjadi serikandi yang solehah..mendukung sunnah..hidup berteraskan syariat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. insyaAllah, semoga doa ini menjadi kenyataan

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa