Textual description of firstImageUrl

Tak Sempat Buat Kuih Raya Tart Cadbury!

Maisarah Humaira | 6/19/2018 12:12:00 PTG | 11 Komen

Mengidam Tart Cadbury


Coklat jenama Cadbury memang menjadi kegemaran Mai bertahun dah. Kalau nak beli coklat, Cadbury lah yang menjadi pilihan pertama dan utama sebab rasanya sedap dan harganya juga berpatutan. Raya kali ini, viral pula biskut raya Tart Cadbury. Mengancam betul biskut raya yang ni...

Tart Cadbury
Tart Cadbury
Foto Rasa.my

Sedapnya kalau dapat makan Tart Cadbury. Setakat ini, masih belum jumpa tart cadbury bila beraya di rumah orang lain. Tart Cadbury ini dah disenaraikan dalam senarai biskut raya yang nak dibuat  untuk raya tahun ini. Tapi tak sempat pula.

Mai mula buat biskut raya, dua minggu sebelum Syawal tiba. Kalau diikutkan sempat je nak buat tart Cadbury tapi disebabkan ada beberapa dugaan yang tak dapat dielakkan, maka buat biskut yang 'laku' je. Demam dan cirit-birit membantutkan perancangan nak buat tart Cadbury heeee

Ini antara biskut raya yang sempat dibuat:

  • Biskut cip coklat
  • Biskut cornflakes rangup
  • Biskut arab
  • Classic butter cookies
  • Biskut red velvet
  • Tart nanas
  • Kerepek popia nestum
  • Kerepek popia cheese
  • Cornflakes madu

Biskut dalam senarai sebelum ini yang tak sempat dibuat selain tart Cadbury.. semperit dan simpul kasih.

Memandangkan masih tak jumpa lagi tart Cadbury, kena buat sendiri jugalah nampaknya. Tengok resepinya pun mudah juga nak buat. Ok lah nak cuba buat tart Cadbury dulu 😋


11 ulasan:

  1. Sha pun tak ada jumpa tart cadburry ini.. teringin nak cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. kena buat sendiri le nampaknya hehe

      Padam
  2. Nampak menarik tart cadbury tu. Saya pun peminat cadbury. Teringin nak rasa tapi tak jumpa lagi setakat ni. Salam aidilfitri. Jemput singgah ke blog saya.
    https://thisisme-38.blogspot.com/2018/06/new-phase.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam aidilfitri juga :) jom cuba buat sendiri tart ni

      Padam
  3. Wow tak terfikir ada kuih tat macam ni. Kalau dibakar nanti coklat nya akan cair atau terletak elok dalam doh acuan kuih? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka yang dah buat tart ni kata tak cair pun coklatnya.. masukkan dalam peti ais dulu, nak guna baru keluarkan

      Padam
  4. Teringin nk Cuba nampak mcm sedap.nk pula Nia memang penggemar coklat

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa