Losyen Kegemaran, Vaseline Healthy White Sun Pollution Protection

Losyen Vaseline Baru


Kulit kita perlu diberi perhatian sebaiknya kerana ia menjadi pelindung diri kita. Jadi, Mai pilih losyen Vaseline Healthy White Sun Pollution Protection untuk kulit. Losyen ini menjadi losyen kegemaran Mai sekarang ini. Suka sangat dengan kesannya pada kulit.

Sebelum ini Mai sapu minyak zaitun je pada kulit. Bukan apa, minyak zaitun boleh sapu pada rambut dan kulit, jimat. Sebab itu Mai hanya gunakan minyak zaitun saja sebelum ini 😁 

Tapi setelah beberapa minggu menggunakan losyen Vaseline Healthy White Sun + Pollution Protection, lagi best rupanya.

Vaseline Healthy White Sun Pollution Protection

Losyen ini banyak kebaikannya. Antaranya,
  • Membantu kulit membersihkan dan melindungi kulit agar kelihatan lebih sihat dan lebih cerah.
  • Meneutralkan kesan merosakkan bahan pencemar pada kulit
  • Blok zarah pencemar dari menembusi kulit
  • Membaiki kulit dari jauh ke dalam untuk lebih menentang bahan pencemar dan nutrien kunci dalam, dan
  • Melindungi lapisan kulit yang lebih dalam daripada kerosakan
  • Menyerap cepat untuk rasa tidak berminyak

Losyen ini didatangkan dalam 2 saiz berbeza, botol kecil (100ml) dan besar (400ml). Mai guna yang besar terus.

Mai pakai losyen ini sebab nak kulit sihat dalam masa yang sama nak juga cerah. Mai sangat suka losyen ini sebab ia tak melekit dan cepat menyerap. Baunya juga wangi. Selalunya Mai akan sapu losyen pada kulit selepas mandi dan sebelum tidur. Kadang tu lepas solat pun sapu juga. Rasa lembut, segar dan sihat je kulit selepas sapu losyen yang mengandungi Vitamin B3 ini.

Kalau nak keluar rumah pula, contohnya ke bandar, Mai akan sapu losyen dulu sebelum keluar. Di luar rumah, habuk daripada udara persekitaran lagi banyak daripada dalam rumah. Asap daripada kenderaan, habuk dan debu halus yang berterbangan dari tanah lagi... memang banyak.

Zarah pencemaran yang melekat pada kulit, itu yang membuatkan kulit kita tak sihat dan rosak. Jadi, losyen yang mengandungi Pollution Protection Factor (PPF) ini bagus untuk melindungi kulit daripada pencemaran udara dengan membuat perisai pada kulit. Losyen ini juga mengandungi Sun Protection Factor (SPF) 24 yang melindungi kulit daripada kerosakan cahaya matahari.

Banyak kan manfaat yang kita dapat daripada losyen ini? Tak salah pilihan Mai ni hehe

Kalau anda nak cuba dan rasa sendiri kebaikan losyen Vaseline Healthy White Sun + Pollution Protection ini, bolehlah dapatkannya dimana-mana farmasi dan pasar raya di seluruh negara ok. 

Anda pula guna losyen apa untuk kulit?


6 ulasan:

  1. bila terpandang entry Mai ni terus macam eh ehh depan mata dekat office memang letak losyen ni yang botol besar terus sebab suka sangat kesan lembap dia pada kulit lagi-lagi bila duduk dalam aircond ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita hehe. dalam aircond lagi la kena pakai selalu losyen untuk elak kulit jadi kering kan

      Padam
  2. Beruntungnya...tulus muluslah kulit awak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak kulit sihat, kena usahalah juga :)

      Padam
  3. kadang2 pakai kadang2 tak pakai. tapi most of the time pemalas nak pakai lotion. kalo pakai pun time tidooo eheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe tu biasa. pakai sebelum tido pun ok dah

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon