Althea Milk Peel Cream Mask Buatkan Kulit Wajah Lebih Berseri - MaisarahSidi.com Althea Milk Peel Cream Mask Buatkan Kulit Wajah Lebih Berseri

Althea Milk Peel Cream Mask Buatkan Kulit Wajah Lebih Berseri

Wajah Berseri dengan Althea Milk Peel Cream Mask


Mai baru pertama kali mencuba mask muka berasaskan susu. Mask tersebut adalah Althea Milk Peel Cream Mask. Ada yang dah cuba mask ini atau masih belum mencubanya?

Pertama kali guna, terus Mai jatuh cinta dengan Althea Milk Peel Cream Mask. Mana tidaknya, tekstur krim dan buih yang terhasil sangat lembut dan membuatkan ia sangat sesuai dengan kulit muka Mai. Baunya pula, bau susu yang tak kuat, sedap dihidu. Bau susu tu Mai suka. Rasa macam sapu susu tepung pada muka je hehe

Althea Milk Peel Cream Mask

Setelah Mai menggunakan mask ini, hasilnya ia melembapkan kulit muka Mai dan kulit terasa lembut apabila disentuh. Kulit juga rasa bersih dan nampak lebih berseri. Tiada rasa kering pun. Best!

Untuk pengetahuan anda, Althea Milk Peel Cream Mask adalah:

- Mask pengelupasan (exfoliating) yang berubah dari tekstur tanah liat kepada cairan krim yang gebu.

- Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menghidupkan semula wajah yang kusam.

- Diformulakan dengan AHA & BHA yang berkesan menghapuskan sel-sel kulit mati secara lembut.

Penggunaan mask ini tidak menyakitkan kulit ya. Yang menariknya ia sesuai untuk semua jenis kulit, antaranya kulit jenis kombinasi, pori besar, kulit sensitif yang perlukan pengelupasan yang lembut dan kulit kering yang memerlukan lembapan selepas pengelupasan.


Apa yang membuatkan Althea Milk Peel Cream Mask ini bagus adalah bahan-bahan yang terkandung padanya seperti:

- Ekstrak protein susu yang berfungsi untuk melembapkan dan menguatkan kulit.

- AHA (Alpha Hydroxy Acid) & BHA (Beta Hydroxy Acid) yang berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dengan lembut supaya kulit menjadi licin dan berseri.

- Kaolin iaitu sejenis tanah liat, yang berfungsi untuk detoks dan mengeluarkan kotoran dari pori.

Inilah rahsia Althea Milk Peel Cream Mask, sebab itulah kulit wajah terasa lembap, lembut dan lebih berseri selepas guna... kulit-kulit mati dibuang juga.


Cara untuk menggunakan mask ini mudah saja. Tak perlukan masa yang lama, dalam seminit dua je.

  1. Lembapkan kulit.
  2. Ratakan cream mask ke seluruh wajah, kemudian urut sehingga buih gebu keluar.
  3. Biarkan selama 30-60 saat sebelum dibilas dengan air.

Althea Milk Peel Cream Mask

Althea Milk Peel Cream Mask

Althea Milk Peel Cream Mask


Mudah je kan? Jimat masa tau, kesan pun baik punya, bau pun sedap je.

Kalau anda nak cuba Althea Milk Peel Cream Mask ini, jom ke laman web Althea Korea ok.

Dapatkan diskaun 20% untuk pembelian kali pertama di laman web Althea (KLIK SINI UNTUK DAPATKAN DISKAUN)



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. seronok guna mask ni coz hanya perlukan beberapa minit sahaja...

    BalasPadam
  2. Produk ni lebih kurang sama seperti chemical peel. Cuma tak sekuat seperti dekat klinik dermatologis lah. Kalau rajin buat peel ni, memang maintain awet muda

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, kena rajin untuk dapatkan hasil yang positif

      Padam
  3. Suka semuanya Althea Milk Peel Cream Mask ni. Bau memang best dan efek buih tu buat seronok pakai.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)