Spaghetti Segera Master Pasto Sedap dan Mengenyangkan!

Spaghetti Segera Master Pasto buatan Malaysia


Sedapnya spaghetti.. Nak menyediakannya juga tidaklah rumit mana. Asalkan ada pasta dan cukup bahan-bahan untuk sos, boleh jadi dah. Tapi bila masa betul-betul teringin nak makan spaghetti, kadang tu malas pula nak buat hehe. Nasib baik ada spaghetti segera Master Pasto penyelamat keadaan.

Spaghetti Segera Master Pasto

Spaghetti Segera Master Pasto keluaran Lioco Food Industries Sdn Bhd yang bertempat di Pulau Pinang. Pasta segera yang halal ini terdapat dalam tiga jenis iaitu Carbonara, Aglio Olio dan Bolognese. Kesemuanya menjadi kegemaran Mai. Sedap dan cukup sos semuanya. Hirisan ayam dan cendawan juga mencukupi untuk sesebuah hidangan.

Spaghetti Segera Master Pasto Carbonara
Spaghetti Carbonara Master Pasto

Spaghetti Segera Master Pasto Aglio
Spaghetti Aglio Olio Master Pasto - Mai dah gaul sosnya

Spaghetti Segera Master Pasto Bolognese
Spaghetti Bolognese Master Pasto

Untuk pengetahuan anda, spaghetti ini sebenarnya sudah dimasak, kita hanya perlu panaskannya sahaja dan boleh terus makan. Memang senang untuk menyediakannya. Semudah ABC. Kita boleh panaskan Flexy Packy di dalam air mendidih selama 3 minit atau menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave oven) selama 1 minit. Apabila sudah siap, buka Flexy Packy dan hidangkan spaghetti dengan sosnya.

Spaghetti Segera Master Pasto
Flexy Packy

Jangan risau dengan Flexy Packy. Ia selamat dan bungkusan yang mampu menjalani suhu dan tekanan tinggi untuk penstrilan, dibuat khas untuk produk Lioco's untuk disimpan.

Bekalan ketika perjalanan - Ada sekali tu, Mai ada urusan awal pagi. Tak sempat nak sediakan sarapan. Apa lagi, terus jerang air. Dah mendidih terus rendam Flexy Packy spaghetti bolognese 3 minit. Cukup masa rendaman, terus angkat bungkusan dan simpan dalam bekas makanan untuk dijadikan bekalan. Dalam perjalanan, boleh terus makan sarapan sedap ni. Kenyang yang lama pula tu. Sedapnya....

Betullah, senang betul hidup dengan spaghetti segera Master Pasto ini. Sangat sesuai dibawa ketika mengembara dan bercuti. Spaghetti segera ini juga boleh dijadikan buah tangan. Harganya pula amat berpatutan, kurang daripada RM6. Ia juga tiada tambahan MSG dan bahan pengawet.

Apa lagi, jomlah cuba Spaghetti Segera Master Pasto ini. Boleh dapatkannya di kedai atau pasar raya berhampiran anda.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. best ni, boleh bawak pergi travel...senang kerja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. tak perlu risau lagi nak cari makanan halal, bawa ni pun ok dah

      Padam
  2. Sedapnya kalau dapat tu.. dah lama tak makan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti bolehlah cuba spaghetti segera ni ye ;)

      Padam
  3. Tak jumpa lagi.. Kalau jumpa teringin juga nak cuba.m

    BalasPadam
  4. Wah! Macam sedap je spaghetti tu. Boleh la try beli lepas ni :)

    BalasPadam
  5. sdap ni..xckup satu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe hehe.. tapi sekali makan elok satu hidangan je sebab kalori pun agak tinggi :)

      Padam
  6. wahhh.. sedap ni :)

    BalasPadam
  7. salam Mai akak singgah sini, mudahnya nak makan sekarang, packing terus macam ni. terus terasa senang yang amat nak buat kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. mudah sangat. nak bawa ke mana-mana pun senang

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)