Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kulit Wajah Lembap Berseri dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer, Pelembap Terbaik


Kulit Wajah Lembap Berseri dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream | Kulit wajah yang sihat dan cantik bermaya pastinya menjadi idaman ramai. Disebabkan itu, penting untuk kita mengamalkan rutin penjagaan kulit wajah setiap hari. Mai sangat mementingkan perkara ini kerana ia memberikan banyak manfaat kepada kesihatan serta menambah kayakinan diri.

Keadaan cuaca Malaysia yang panas,sering melakukan kerja dalam bilik berpendingin hawa, kemudian keluar ke sana sini, keadaan ini membuatkan kulit wajah menjadi kering dan kusam serta nampak tidak bermaya. Bagi mengekalkan kelembapan kulit wajah, Mai menggunakan krim pelembap Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Kalau anda nak tahu, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer adalah krim pelembap yang berasaskan air. Ia berfungsi untuk:
  • Melembapkan dan menghidrat kulit
  • Mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit
  • Membaiki kemerahan dan kulit yang rosak akibat sunburn
  • Meminimumkan penampilan pori
  • Memperbaiki dan mencerahkan tona kulit yang tidak sekata serta merawat hiperpigmentasi.

Masih ingat lagi ketika pertama kali menggunakannya. Selepas terpengaruh dengan rakan-rakan yang telah menunjukkan keberkesanan krim pelembap ini pada kulit wajah mereka, terus datang perasaan untuk mencubanya. Ternyata, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer memang betul berkesan pada kulit wajah sendiri.

Setelah menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer ini, perkara pertama yang diperhatikan adalah ia cepat menyerap ke dalam kulit. Krim pelembap ini juga meminumumkan penampilan pori pada kulit serta membuatkan kulit wajah berasa licin dan lembut. Ia juga tidak berminyak, tidak melekit dan ringan pada kulit. Yang penting kulit wajah berasa selesa sepanjang penggunaannya.

Water Drop Moisturizer

Apa yang menariknya dengan krim pelembap ini adalah, ia akan menghasilkan water drop atau titisan air setelah disapu pada kulit. Apabila titisan air tersebut muncul, sapu atau tepuk sampai rata sehingga ia menyerap ke dalam kulit.

pelembap muka best

Ia terjadi kerana bahan-bahan pelembap berubah menjadi bentuk titisan air dengan segera digunakan, memberikan kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer juga mengawal minyak atau sebum berlebihan.

Lagi, Mai suka sangat dengan tekstur krim pelembap ini. Jika dilihat, ia seperti gel yang berair. Jika disentuh pula, ya memang terasa lembap berair krim ini.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer
Tekstur Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Fungsi Pemutihan dan Penghidratan

Seperti yang tertera pada bungkusan krim pelembap ini iaitu Whitening and Moisturizing. Ia menunjukkan bahawa Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer mempunyai fungsi pemutihan kulit, dalam masa yang sama menghidratkan kulit.

Ia mengandungi Niacinamide yang bertindak sebagai agen pemutih memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan menjadikan tona kulit lebih cerah, menenangkan kulit sensitif serta menegangkan kulit.

Bahan Utama Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Bahan utama yang terkandung dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer seperti Niacinamide, Glycerin, Camellia Japonica Seed Oil, Butylene Glycol, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil dan Allantoin.

Niacinamide
  • Juga dikenali sebagai vitamin B3, manfaat untuk penuaan kulit
  • Mengekalkan kelembapan pada kulit
  • Memperbaiki penampilan pori-pori yang membesar, tona kulit tidak sekata
  • Memperbaiki garis halus, kekusaman dan permukaan kulit yang lemah.
  • Boleh mengawal sebum & minyak berlebihan pada kulit
  • Melindungi daripada kerosakan matahari; membina semula sel kulit yang sihat
Glycerin

Humectant, membekalkan air ke penghalang kulit luar.

Camellia Japonica Seed Oil
  • Non-comedogenic , tidak membuatkan pori tersumbat
  • Memperbaiki kulit rosak akibat sunburn
  • Mengekalkan kelembapan kulit
17 Ekstrak Herba

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer diformulasikan dengan ekstrak Herba tumbuhan semulajadi yang meningkatkan penyerapan jauh ke dalam kulit. Selain itu, ia juga memperbaiki kemerahan dan kulit rosak akibat sunburn.

Cara Penggunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Mudah sahaja cara untuk menggunakan krim pelembap ini. Jom ikuti langkah di bawah ini.
  1. Mula-mula, cuci kulit muka dengan pembersih muka.
  2. Selepas itu, keringkan kulit wajah dengan tuala. Kemudian, sapu krim pelembap secukupnya pada kulit muka dan leher. Urut perlahan-lahan, titisan air akan muncul pada kulit dalam beberapa saat.
  3. Tepuk kulit dengan lembut sehingga pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Guna dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Bangun pagi keesokan harinya pasti kulit muka rasa segar dan kurang berminyak.

Kulit wajah lebih segar dan semakin cerah dengan sapuan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer!

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Seronok kan apabila kulit wajah sihat. Tetapi apabila kulit muka mengalami masalah seperti kekeringan, sunburn, kusam dan berminyak, keadaan ini pasti membuatkan kita merasa runsing menghadapinya dan adakalanya tidak yakin dengan diri sendiri.

Mujur sudah jumpa penyelesaiannya, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer yang banyak manfaat pada kulit muka. Barulah senang hati untuk keluar rumah dengan kulit muka yang sihat bukan. Penggunaan krim pelembap ini penting untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia yang panas.

Sejujurnya Mai amat berpuas hati dengan hasil penggunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer ini. Kulit muka lembap dan sihat berseri. Krim pelembap ini sudah menjadi kegemaran Mai! Tidak lengkap hari tanpa menggunakannya.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer

Untuk lebih banyak informasi tentang Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer dan jika berminat untuk mencubanya, anda boleh ke laman-laman seperti yang tertera di bawah ini:

Laman web: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Moisturizer


Catat Ulasan for "Kulit Wajah Lembap Berseri dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream "