Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tisu Carina Berkualiti Sesuai untuk Kegunaan Harian

Tisu kegunaan harian, jenama Carina menjadi pilihan


Salah satu benda yang wajib ada dalam beg tangan Mai adalah tisu. Tisu lebih menjadi pilihan berbanding sapu tangan kain kerana ia ringan dan boleh dipakai buang, jadi memang tidak memberatkan beg. Ia juga bukan sekadar nak lap mulut comot atau muka berpeluh sahaja, banyak kegunaannya. Kalau dulu kita selalu jumpa tisu kering sahaja, kini terdapat banyak jenis tisu serta fungsinya dalam pasaran. Pilihan Mai sudah tentu tisu Carina berkualiti sesuai untuk kegunaan harian.

Apa yang membuatkan Mai memilih tisu Carina adalah ia dicipta untuk penduduk Asia Tenggara. Menarik kan? Tisu Carina berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna untuk kita yang merasai iklim subtropika yang lembap ini. Sudah semestinya kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Bagusnya tisu ini lagi, ia mesra alam kerana boleh larut dalam air. Secara tidak langsung perkara ini melindungi kita dan juga alam sekitar.

Tisu Carina

Latar Belakang Jenama Carina

Mungkin masih ada yang belum mengenali jenama Carina yang sudah lama berada di pasaran. Kalau anda nak tahu, Carina telah ditubuhkan pada tahun 2009 di Lembah Klang sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia.

Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. Ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak.

Setakat ini Mai sangat berpuas hati dengan kualiti produk Carina. Bukan itu sahaja, harganya juga berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat.

Produk Tisu Keluaran Carina

Carina mempunyai 4 siri utama produk tisu iaitu:

1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) – Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.

2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) – Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.

3. Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur Carina menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.

4. Penjagaan Kesihatan (Health Care) – Siri Tisu Basah Carina mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.

Bagus betul kan rangkaian produk tisu Carina. Terdapat banyak jenis tisu serta kegunaannya. Senang apabila cukup lengkap set ini di rumah.

Tisu Carina

Tisu Kering (dry tissue)

Macam produk tisu kering ini, terdapat empat jenis bungkusan iaitu Carina Box Tissue, Carina Handkerchief Tissue dan Carina Wallet Tissue.

Kalau keluar rumah, Mai sentiasa bawa bersama Carina Handkerchief Tissue atau Carina Wallet Tissue dalam beg tangan. Carina Box Tissue selalu diletakkan atas meja makan atau dalam kereta. 

Kadang kala Mai juga menggunakan tisu kering untuk mencuci najis kucing peliharaan. Sudah semestinya tisu Carina sangat memudahkan kerja. Sebab Mai memilih untuk menggunakan tisu kerana ia pakai buang, tidak perlu dicuci semula seperti kain.

Tisu Carina

Carina Cotton

Rangkaian Carina Cotton yang terdiri daripada kapas muka dan putik kapas pula diperbuat daripada kapas asli. Teksturnya lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Mai selalu menggunakan kapas muka Carina untuk membersihkan kesan solekan pada kulit muka.

Kapas muka Carina


Tisu Dapur

Pada bahagian dapur pula, Mai menggunakan Carina Kitchen Tissue untuk mengelap tumpahan cecair atau penyerap minyak gorengan. Ia tidak mudah koyak dan bagus dalam penyerapan. Dapur pun bersih berkilau.

Tisu dapur Carina

Tisu Basah (wet tissue)

Bukan tisu kering sahaja yang ada ya, tisu basah juga ada seperti Carina Antibacterial Wipes dan Carina Wet Wipes. Tekstur kedua-dua wipes ini lembut. Ia sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. Kalau sedang makan dalam kereta, tiba-tiba kereta brek mengejut dan terus tangan dan mulut comot. Tisu basah ini memang sangat membantu untuk membersihkan kotoran sewaktu kecemasan.

Tisu Carina

Rangkaian produk Carina sememangnya dapat memenuhi keperluan harian kita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat. Tisu ini sangat memudahkan kehidupan seharian.



Azam Tahun Baharu Carina dengan Konsep "We Care, We Love"

Sempena tahun baharu ini, CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep baharu telah dihasilkan dengan tema "We Care, We Love". Antaranya seperti,
  • Kami menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran
  • Kami menjaga kulit anda dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
  • Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
  • Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
  • 4 siri (seperti yang telah diperkatakan di atas) untuk memenuhi permintaan pasaran

Tagline "We Care, We Love", menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. Ini menunjukkan bahawa #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda.

Di Mana Boleh Dapatkan Tisu Carina?

Hampir terlupa pula tentang ini 😁 Majoriti produk Carina boleh diperolehi di pasaraya seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Hot Mart, C-Mart, farmasi dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, anda juga boleh mendapatkan produk Carina secara online menerusi platform e-dagang rasmi mereka dan produk akan dihantar terus di depan pintu rumah anda! Kini, sangat mudah untuk membuat pembelian melalui Shopee, Lazada dan TopzMall.

Alang-alang sudah mengetahui lokasi untuk mendapatkan produk Carina, apakata terus dapatkan Carina Gift Box yang mengandungi pelbagai produk. Antaranya seperti dalam gambar di bawah ini,



Selain produk, di dalam Carina Gift Box, terdapat juga Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher, Review & Win campaign flyer dan Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG. 


Jangan risau, harganya sangat berpatutan. Harga asalnya adalah RM35, anda boleh dapatkannya pada harga promosi RM29.90 yang sedang berlangsung sekarang ini. Jimat kan..

Carina Gift Box ini boleh didapati di platform e-dagang rasmi mereka dan offline store seperti Aeon Big (cawangan terpilih) , Mix Store (cawangan terpilih @ IOI City Mall), Hot Market @ Berjaya Times Square dan juga Tong Hup Trading, Melaka.

Lagi satu, anda akan mendapat Carina Limited Edition We Love We Care Bag dengan pembelian produk Carina RM40 dan ke atas.

Peraduan Carina Review & Win

Ada berita baik untuk anda! Jangan lupa untuk menyertai peraduan Carina Review & Win ya. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti  *3 bulan bekalan rumah Carina bernilai RM150. Wow.. menarik ni!

Peraduan Carina

Cara menyertainya:

1. Muat naik foto/video ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/Tiktok

2. Beritahu pihak Carina sebab anda akan mengesyorkannya dan tag akaun @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok

3. Masukkan juga hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).

*Terma & Syarat:

1. Tempoh peraduan sehingga 30 April 2023.

2. 100 Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Pihak Carina akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook Carina bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!

3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Pihak Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.

5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.

6. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.

7. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.

8. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertainya sekarang. Untuk maklumat lanjut, hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.

Carina MY Facebook: facebook.com/carina.loveandcare
Carina MY Instagram: https://www.instagram.com/carina.malaysia/
Carina MY Tiktok: https://www.tiktok.com/@carinamalaysia

Catat Ulasan for "Tisu Carina Berkualiti Sesuai untuk Kegunaan Harian"