RM11.311 Bilion Untuk Rakyat
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan peruntukan Belanjawan 2012 berjumlah RM11.311 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif membabitkan usaha memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.
Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, komitmen tersebut juga selari dengan iltizam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.
“Menerusi belanjawan tersebut sejumlah RM249.85 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah.
“KDN menerusi Bahagian NKRA akan memanfaatkan jumlah tersebut bagi memperhebatkan pelbagai agenda yang dikenal pasti mampu menyumbang matlamat kepada pencapaian sasarannya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mahmood berkata, pelbagai inisiatif akan diperhebat antaranya termasuk usaha pembangunan bandar selamat; menyediakan laluan pejalan kaki serta laluan bermotor berasingan bagi mengurangkan risiko jenayah ragut.
Inisiatif lain adalah meningkatkan sistem peralatan penggera keselamatan serta pemetaan berkomputer menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi membantu operasi polis membanteras kegiatan jenayah secara lebih berkesan.
Beliau seterusnya berkata, inisiatif tersebut juga akan digerakkan menerusi komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima RM442 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan tambahan RM200 juta lagi yang diumumkan sebagai peruntukan khas untuk tujuan transformasi menjadikan PDRM sebagai pasukan keselamatan lebih moden dan selari keperluan semasa.
Jelasnya, KDN menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut diperuntukkan sejumlah RM7.56 juta bagi memperkasa Unit Khas Bergerak (UKB) yang berfungsi melaksanakan program `outreach’ memproses permohonan dokumen pengenalan diri di lokasi pendalaman dan pesisir pantai.
“Pendek kata RM10.49 bilion yang diperuntukkan kepada KDN bagi belanja mengurus dan baki RM821 juta untuk perbelanjaan pembangunan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menggerakkan segala usaha yang mampu menjamin impak maksimum kepada usaha memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta Negara,” jelasnya lagi. – mynewshub.my

Catat Ulasan for "RM11.311 Bilion Untuk Rakyat"
Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)