Fahami Muafiq dan Masbuq Dalam Solat Berjemaah
Pengertian Muafiq dan Masbuq
Sedang selongkar kotak yang menyimpan buku-buku lama, terjumpa nota zaman sekolah tentang muafiq dan masbuq. Jadi, saya nak kongsikan tentang apa yang dikatakan dengan Muafiq dan Masbuq ini.
Mungkin kadang-kadang kita terlupa atau kurang arif tentang muafiq dan masbuq. Mungkin ada yang tidak mengetahuinya langsung. Jadi, jom sama-sama kita belajar dan tambah ilmu tentang muafiq dan masbuq. Semoga dapat dijadikan panduan bersama.

Apa yang anda faham dengan muafiq?
MUAFIQ ialah orang yang solat di belakang imam setelah imam mengucapkan takbiratul ihram dan memperolehi waktu hanya sekadar membaca al-Fatihah. Orang ini dikira sebagai orang yang memperolehi jemaah secara sempurna dan tidak perlu menambah rakaat solatnya selepas imam mengucapkan salam.
Bagaimana dengan masbuq?
MASBUQ bermaksud orang yang mengikut imam tetapi tidak sempat membaca al-Fatihah kerana imam telah melakukan rukuk atau imam lainnya. Dalam hal ini terdapat tiga penjelasan:
1. Seseorang terlewat menunaikan solat berjemaah, dia mendapati imam masih berdiri tetapi dia khuatir jika imam segera rukuk sebelum dia selesai membaca al-Fatihah. Dia tidak dikehendaki memutuskan bacaan al-Fatihah tetapi hendaklah diteruskannya dan terus rukuk, solatnya itu dikira 1 rakaat.
2. Seseorang datang berjemaah dan dia mendapati imam hendak rukuk atau sedang rukuk , dia tidak perlu membaca al-Fatihah, malahan dia boleh terus rukuk selepas ucap takbiratul ihram. Dalam keadaan ini, dia mendapat rakaat secara sempurna, dia tidak dikehendaki menambah bilangan rakaatnya kecuali imam telah lakukan rakat 2 dan 3.
3. Seseorang datang berjemaah didapatinya imam sedang sujud atau duduk antara dua sujud atau lain-lain perbuatan selain rukuk, maka sesudah takbiratul ihram, dia hendaklah serta merta mengikut imam sujud atau duduk antara dua sujud atau duduk tasyahhud dengan tidak mengucap takbir lagi. Dan solat itu tidak dikira satu rakaat. Sesudah imam memberi salam hendaklah dia berdiri menyempurnakan kekurangan rakaat solatnya.
Semoga mudah untuk difahami.
Apabila dah ada ilmu, bolehlah kita amalkan dan panjangkannya kepada orang lain. Bak kata pepatah Arab, ilmu yang tidak diamalkan seperti pokok tanpa buah.
Sumber: Nota dan pengetahuan zaman sekolah dulu, Tazkirah masbuq
Nak tempah design?
singgah blog ini juga ... :D
BalasPadamtq...bleh jgk ilmu time bw nih...
BalasPadamthanks for sharing..alert pasal nie..tapi lupa term2 yg digunakan..
BalasPadamsalam perkenalan :)
terima kasih di atas perkongsian dan juga ilmu....
BalasPadamBoleh dapat pahala berjemaah jika tahu cara mengerjakan solat terutama masbuq
BalasPadamalhamdulillah.
BalasPadama very good note ni maisarah.
kekadang org terlupa especially terma arab tu :)