Jazakallah Khairan, Lebih Baik Daripada Terima Kasih
Jazakallah Khairan, Lebih Baik Daripada Terima Kasih
Apabila seseorang telah membuat kebaikan kepada kita, tanda kita berterima kasih di atas kebaikan maka Islam menganjurkan kita mengucapkan "Jazakallah khairan" maksudnya: "Semoga Allah membalas kebaikanmu".
Dari Usamah bin Zaid ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalas dengan menyatakan: "Jaazakallahu khair" (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya". (Hadis RiwayatTirmidzi (2035), An-Nasaai dalam Al-Kubra (6/53), Al-Maqdisi dalam Al-Mukhtarah: 4/1321, Ibnu Hibban: 3413, Al-Bazzar dalam musnadnya: 7/54. Hadis ini disahihkan Al-Albani dalam sahih Tirmidzi)
Jika ada yang memberi salam, kita akan jawab 'Waalaikumussalam'.
Bagaimana pula untuk membalas ucapan 'Jazakallahu khairan'? Hendaklah kita menjawab dengan ucapan yang sama iaitu 'Jazakallahu khairan'.
Ada beberapa ketentuan dlam mengucapkan jazakallah:
- jazakallahu khairan (engkau, lelaki)
- jazakillahu khairan (engkau, perempuan)
- jazakumullahu khairan (kamu sekalian)
- jazahumullahu khairan (mereka)
Sheikh Ahmad bin Yahya An-Najmi ditanya: Apa hukumnya mengucapkan "Syukran" (terima kasih) bagi seseorang yang telah berbuat baik kepada kita? Beliau menjawab: Yang melakukan hal tersebut sudah meninggalkan perkara yang lebih utama, iaitu menyatakan, "Jazakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu".
*Perkongsian daripada sahabat melalui e-mail. Jazakallahu khairan
Nak tempah design?
Jazakillahu khairan sarah..")
BalasPadamsungguh bermanfaat..
BalasPadamjazakillahu khairan ukthi...
Hi awak..salam.. baru buat giveaway khas untuk raya aidil adha.. jom la join kalau berminat.. jazakillahu khairan =)
BalasPadamhttp://minjee08.blogspot.com/2015/08/nak-menang-baju-raya-aidil-adha-cepat.html
Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadam