Keindahan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Tempat menarik di Kuala Kangsar
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sering dilihat di kaca televisyen dan mungkin jadi penghias kulit buku, kalendar atau di mana-mana sahaja kerana keunikan rekabentuk binaan masjid ini. Masjid ini menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Hampir setiap hari, pasti akan ada pelancong yang datang melawat.
Berikut adalah ringkasan tentang pembinaan masjid terindah di perak ini:
Masjid cantik ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Masjid ini di bina atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.
Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.
Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.
Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00. [Sumber]
Jom lihat pemandangan indah Masjid Ubudiah Kuala Kangsar yang sempat saya rakamkan untuk tatapan umum. Ruangan dalam masjid ini juga memang cantik tetapi tidak sempat saya rakamkan.
Penceritaan sejarah masjid tertulis di sini.
Air pancut di hadapan kawasan masjid.
Ini adalah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan.
Pemandangan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar pada waktu malam
Salah satu pintu masuk masjid ini
Kawasan parkir kenderaan yang luas disediakan di hadapan masjid. Kelihatan Madrasah Idrisiah, merupakan Sekolah Menengah Agama Diraja pertama di negeri Perak yang diasaskan oleh
Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar
Cantik kan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar ni?
Jadi, jom beramai-ramai ke Perak untuk berkunjung ke pelbagai tempat menarik yang lain di sini.
#sayaanakjatiperak
Baca yang lain:
Makan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar
Nak tempah design/customize blog murah?
Wahhh! Cantik2. Saya pun pernah pergi sini haritu. Pakcik bawak tahun lepas. Sempat jugak snap beberapa gambar dekat situ. Hehehe :D
BalasPadamhttp://ruangmiss.blogspot.com/
Saya anak jati Kuala Kangsar Kangsar . Bangga bila ade blogger yg sudi tulis ttg masjid ubudiah ni
BalasPadamTersergam indah..
BalasPadamCantiknya rumah Allah.
Semoga sentiasa meriah dengan kedatangan hamba Allah
Masjid semua cantik2 kan :D
BalasPadamfuhh..
BalasPadamlama gila tak pergii masjid ni..last pergi masa kerja kat rompin dulu..