Makan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar
Tempat menarik di Kuala Kangsar
Petang tadi bersantai bersama keluarga di Lembah Kuala Kangsar. Apa lagi, makan laksa dengan cendol la. Waktu petang pekena laksa dengan cendol Kuala Kangsar ni memang sesuai sangat. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa dari Sungai Perak, asyik dibuatnya!
Jom makan laksa . . . sedappp
Cendol yang cukup rasa.
Ais batu campur (ABC) pun ada jugak tau.
Pasembor.
Ini adalah gerai yang kami singgah. Gerai Pasembur Yaakob No.5. Antara menu lain yang ada di gerai ini . . .
Ini adalah tempatnya. Medan Cendol dan Laksa MPKK.
Terdapat banyak lagi gerai di dalam Medan Cendol dan Laksa MPKK ini. Bukan laksa dan cendol sahaja yang ada di sini. Nasi ayam, ABC, mi goreng, kuey teow goreng dan lain-lain lagi.
Selesai sahaja makan, kami bersiar-siar di sekitar kawasan lembah Kuala Kangsar. Kenapa dipanggil 'lembah'? Tanya kat mak, memang dari dulu lagi panggil macam tu.
Mungkin kerana kedudukannya yang ke bawah.
Pemandangan yang dapat dilihat dari persisiran Sungai Perak.
Ini adalah Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan.
Rumah rehat yang terletak berdekatan dengan kawasan rekreasi. Pelancong tidak perlu susah payah untuk mencari tempat tinggal sementara. Mereka dijamu dengan pemandangan yang cantik daripada rumah rehat tersebut.
Jeti di persisiran Sungai Perak
Jeti di persisiran Sayong.
Sudah penat berjalan di sekitarnya, cuci mata di kedai cenderamata atau kedai serbaneka ini. Pelbagai barangan dijual di sini. Labu Sayong sudah semestinya ada di sini.
Pemandangan bangunan yang ada di sekitarnya. Nampak macam 'lama' kan? Jangan risau, pelbagai kemudahan disediakan di Kuala Kangsar ini.
Terdapat juga restoran yang menyediakan makanan tengah hari di sekitar lembah. Restoran ikan bakar menjadi tarikan orang ramai untuk mencuba menu yang ada di situ.
Ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melawat bandar di raja Kuala Kangsar terutamanya ketika musim cuti sekolah. Pelbagai tempat menarik yang ada di Kuala Kangsar. Nantikan entri seterusnya tentang tempat menarik yang perlu anda kunjungi ketika melawat bandar Kuala Kangsar.
Nak tempah design/customize blog murah?
Cantik pemandangan. Sedap tgk menu makanan utara...
BalasPadamSambil makan sambil cuci mata tengok permandangan
BalasPadammiza pun selalu makan kat situ..orang kuale la katakan..hehe
BalasPadambestnya laksa ngn cendol tu..:)
BalasPadamteringin nak makan pasembur. ishhh sedapnyeeee
BalasPadamsedapnya laksa tu sissss. arghh...meliur tgk
BalasPadambestnyer
BalasPadamDulu masa banjir, abis tenggelam seme tu kan.
BalasPadamDulu, masa kekecik suka la makan laksa situ.
Now, da pandai masak laksa sendiri, dah lama sesangat tak pergi situ.
lagipun tak sesedap dulu laksa kat situ.