Resepi | Kek Batik Lapis Keju
Resepi | Kek Batik Lapis Keju
Sedapnya kek batik lapis keju ni! Memang sedap dan sesuai dimakan pada bila-bila masa yang anda inginkan. Cara penyediaannya amat mudah. Bahan-bahannya juga mudah didapati.
Jom cuba resepi kek batik lapis keju yang sedap dan menyelerakan. Ini cara Mai, sukakan keju yang meleleh. Sedapnya uiiii..
Meleleh coklat dan keju. Sedap! |
Kek Batik Lapis Keju
Bahan-bahan:
Kek batik
1 paket biskut Marie
1 cawan Vico atau Milo
1/2 cawan air suam
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan, mengikut rasa manis masing-masing)
3 sudu besar serbuk koko
Sebiji telur
250 gram Buttercup
Adunan cheese leleh
Adunan cheese leleh
250 gram cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan, mengikut rasa manis masing-masing)
Cara-cara membuat kek batik lapis keju:
1. Masukkan 250g cream cheese dan 1/2 cawan susu pekat manis ke dalam bekas adunan dan kacau hingga sebati. Boleh pukul adunan guna tangan, blender atau mixer. Apabila sudah siap, ketepikan adunan.
2. Masukkan vico, air suam, susu pekat manis, serbuk koko dan telur. Kacau sebati. Kemudian masak adunan ini dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau.
3. Masukkan Buttercup sedikit demi sedikit, sehingga habis. Teruskan kacau sehingga betul-betul sebati, tidak nampak ketulan Buttercup. Apabila adunan telah sebati, tutup api.
4. Biskut Marie direndam seketika di dalam adunan coklat. Kemudian susun di dalam loyang dan padatkan. Tuang sedikit adunan coklat dan ratakan.
5. Lapisan seterusnya, tuang sedikit adunan cream cheese di atas lapisan biskut tadi. Ratakan.
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga biskut dan adunan habis. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Boleh dihidangkan selepas beberapa jam.
4. Biskut Marie direndam seketika di dalam adunan coklat. Kemudian susun di dalam loyang dan padatkan. Tuang sedikit adunan coklat dan ratakan.
5. Lapisan seterusnya, tuang sedikit adunan cream cheese di atas lapisan biskut tadi. Ratakan.
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga biskut dan adunan habis. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Boleh dihidangkan selepas beberapa jam.
Kek batik lapis keju yang dah siap. Sedapnya!
Meleleh-leleh kejunya . . . ummphhhh
Selamat mencuba!
Nak tempah design?
Meleleh air liur tengok gamabr ni..sedapnya, sarah..
BalasPadammemang sedap..jom try :)
PadamMy brotha fav cake! ;)
BalasPadammelelh liur tengok kek sarah ni..
BalasPadamsedap. semalam saya ade buat, tp belum sempat sejuk adik sy dah bedal dulu hahaah.
BalasPadamUrrgghhh terus sakit perut ena.. kelaparan balik.. sedapnyaa.. resepi baru ni, kena try... selama ni buat yg biasa2 je
BalasPadamWow nampak sedap tu
BalasPadamEmmm sedapnyaaa!!! Arisha siap sedia click "bookmark" takut lupa nak refer mana nanti.
BalasPadamMenyelerakan betul...
BalasPadamsedapnyeeeee...feveret ni..
BalasPadam