Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

Beruntunglah seorang insan bernama wanita atau perempuan . . . Apa yang untungnya? Teruskan pembacaan anda tentang apa yang menyebabkan perempan beruntung memiliki rahim.

rahim, peranakan, hamil


1) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tidak wajib solat tetapi Allah anggap waktu itu adalah solat terbaik darinya.

2) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari solat. Solat wajib baginya bermula dari baligh sehingga habis nyawanya..

3) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir sahaja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa - dosa suami dia tak tanggung.

5) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Untungnya menjadi seorang perempuan. Bersyukurlah dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

p/s: Awas, golongan lelaki jangan cuba untuk menukar jantina kepada perempuan.

Kredit: hasil perkongsian sahabat


Nak tempah design?



9 ulasan for "6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM"

  1. terima kasih info akkkk.....apa pun..yaya dah follow akak...harap sudi follow yaya www.yayacendana.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 yaya :) kita sebaya la..hahaha

      Padam
  2. Beruntungnya kita menjadi perempuan...alhamdulillah

    BalasPadam
  3. bangga dilahirkan sebagai perempuan.. :)

    BalasPadam
  4. untung sangat jadi perempuan! hehehehhe. kalau along pula macam mana? eh

    BalasPadam
  5. Untungnya seorang wanita..

    BalasPadam