Tutorial | Tukar Nama Page Facebook
Tutorial | Cara-cara tukar nama Page Facebook
Akhir-akhir ini banyak page Facebook telah bertukar nama. Pelik, senangnya nak tukar sebab setahu saya hanya page yang mempunyai 'likers' 200 ke bawah sahaja boleh tukar. Rupa-rupanya, memang boleh tukar nama page di Facebook tanpa menggunakan bantuan aplikasi luar. Saya pun ambil peluang ini untuk menukar nama page.
Untuk pengetahuan anda, Facebook Blog Bingkisan Hati sudah pun betukar nama ke MaisarahSidi.com. Tujuannya untuk penjenamaan semula.
Bagi yang belum tahu, kali ini saya nak kongsikan cara-cara menukar nama page Facebook dengan mudah.
Ikuti cara-cara untuk menukar nama Page Facebook:
1. Login Facebook dan pergi ke page anda. Kemudian klik 'About' seperti dalam gambar.
Contoh diambil sebelum page Blog Bingkisan Hati bertukar nama.
2. Setelah klik 'About' , akan muncul 'Page Info' . Lihat pada 'Name' dan klik 'Edit' untuk menukar nama seperti yang diinginkan. Kemudian klik 'Save Changes'. Jika berpuas hati. Klik 'Request Change'.
3. Selepas itu, akan keluar seperti ini. Tandakan pada kotak itu, kemudian pilih opsyen untuk page anda.
5. Selepas tanda kotak tadi, akan keluar seperti ini. Pilih sebab tukar nama page. Kemudian, tandakan kedua-dua kotak di bawah itu, seperti dalam gambar.
Nama page akan bertukar selepas 7 hari setelah dapat kelulusan dari pihak Facebook. Bergantung kepada nama yang ingin ditukarkan. Jika nama yang baru jauh berbeza dengan nama yang lama, mungkin akan ambil masa lebih lama.
Nama yang berjaya ditukar akan diberitahu melalui email.
Selesai. Selamat mencuba!
Nak tempah design/customize blog murah?
Singgah petang... =)
BalasPadamterima kasih sudi singgah :)
PadamKak Sha pun dah edit nama blog baru-baru ni. Baik pulak FB bagi option tukar nama fb page ni
BalasPadamtu la..sebelum kalau nak tukar kemain payah..haha
PadamNice tutor... Dah tukar juga page bisnes.
BalasPadamtahniah kak maria dah tukar page :)
PadamDah berjaya tukar juga..nsib admin fb approved kan
BalasPadamwww.azlindaalin.com
yeay kak lynda..kita geng..hehe
PadamPerkongsian menarik, lepas ni nak tukar nama Fb page jugak..
BalasPadamThanks maisarah..
good info, boleh rupanya. tq
BalasPadamAssalam sis.. Mcmna nk buat button like dkt page kita tu ya.. Page sy xda kuar button like n follow.. Mohon tunjuk ajar
BalasPadamwassalam. nk buat like button kt entri atau widget like box ye?
Padamtq sis,done
BalasPadamsama-sama
PadamMenarik sekali ..ada ilmu
BalasPadam