7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki
7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki
Kita sering berfikir tentang rezeki. Rezeki tidak hanya pada wang sahaja. Rezeki itu luas. Mungkin kerana kita kerap memikirkan tentang rezeki yang berbentuk wang, kita menjadi susah hati dan gelisah, bimbang tidak mencukupi.
Kita terlupa bahawa segala nikmat yang Allah kurniakan adalah rezeki. Cuma kita tidak menganggapnya bukan rezeki. Jadi, itu adalah salah. Setiap pagi kita dapat menghirup udara segar, itu adalah rezeki Allah yang mungkin kita tidak perasan.
Rezeki Allah datang tepat pada masanya. Tidak pernah terlewat atau cepat. Jadi, siapa yang berusaha, dialah yang akan dapat apa yang diidamakan iaitu rezeki yang dipohon.
Apa yang kita perlu lakukan adalah sentiasa mengikut perintah Allah dan tinggalkan laranganNya. Sentiasa berdoa memohon rezeki yang baik kepadaNya dan ingat Allah selalu.
Antara 7 bacaan pembuka pintu rezeki patut diamalkan yang mendekatkan diri kita dengan Allah:
1. Memperbanyakkan Membaca "La hawla Wala Quwwata Illa billah"
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah"
( HR. At Tabrani )
2. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin"
Barangsiapa setiap hari membaca "La ilaha illallahul malikul haqqul mubin" maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Sentiasa Beristighfar
"Barangsiapa sentiasa beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga" ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )
4. Membaca Surat Al-Ikhlas
"Barangsiapa mmbaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan
kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya" ( HR. AtTabrani )
5. Membaca Surah Al-Waqiah
"Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup"
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)
6. Memperbanyak Selawat ke Atas Nabi
“Ubai Bin Ka’ab meriwayatkan, apabila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai manusia berzikirlah mengingati Allah, berzikirlah mengingati Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”
7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI
Sampaikanlah ilmu walau satu ayat. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah.
Alhamdulillah....Amin...
BalasPadamInsyaÁllah terima kasih sebab berkongsi ilmu pagi ini.....,
Terima kasih atas teguran dan nasihat... Semoga diri ini dapat amalkannya
BalasPadamada yang dah buat, ada yang belum..
BalasPadamterima kasih di atas perkongsian..
Terima kasih perkongsian ni :D
BalasPadamTerima kasih atas info ni. InsyaAllah sama-sama kita amalkan.
BalasPadam; Pengalaman Ajar Anak Free Diapers
Nice info. Sangat bermanfaat untuk diamalkan. .
BalasPadam