Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Surah Al-Fatihah Sebagai Antibiotik

Surah Al-Fatihah Sebagai Antibiotik/Ubat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga sihat selalu :)

Apa anda akan buat apabila merasa sakit2 pada badan? Sakit kepala ke, lenguh, demam.. Cuba cara yang mudah ini untuk sembuhkan sakit yang dialami dengan Surah Al-Fatihah.

terjemahan surah al-fatihah

Baca Surah Al-Fatihah dan sampai pada ayat Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in ulang sebanyak 7 kali.
Ambil tangan dan letak di dada, baca ayat di atas sebanyak 7 kali. Tarik nafas, pejam mata dan berniat dalam hati jika ada sakit, minta Allah sembuhkan. "Ya Allah, hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan. Kita mengadu pada Allah bahawa kita ada sakit dan hanya Allah yang boleh menyembuhkan.
Barangsiapa yang membaca ayat ini, jika tidak sakit, ia akan menjadi antibiotik dan jika terdapat sakit, ia akan muntah.

- Perkongsian daripada Ustaz Sharhan Shafie.
Memang terbukti ayat-ayat al-Quran dapat menyembuhkan penyakit. Eksperimen sains juga telah membuktikan bahawa ayat al-Quran mampu mengubati penyakit. Seorang ustaz memberitahu bahawa orang yang berzikir mengingati Allah, terhindar daripada tekanan jiwa. Tekanan ni tak bagus terhadap badan sebab akan bawa pelbagai penyakit yang lain pada badan.


Jadi, kalau ada masalah atau penyakit yang datang, cuba baca surah Al-Fatihah dan berzikir serta solat. Solat adalah satu senaman yang bagus untuk badan. Beruntung kita sebagai umat Islam. Tapi kita juga perlu berjumpa doktor supaya kita tahu penyakit yang ada pada badan kita dan dapat mencari penyelesaian dan ikhtiar.

 

3 ulasan for "Surah Al-Fatihah Sebagai Antibiotik"

  1. ehh.. nape x leh komen..?

    try lagi sekali..

    "kalau orang dulu-dulu memang Al-Fatihah je ubatnya.. hehehehee.."

    BalasPadam
  2. sebenarnya maksud yang tersirat di dalam AlFatihah tu dalam. KA suka baca surah al insyirah dan annasr. Tenang je rasa hati bila kita hayati maksud kedua-dua surah tu.

    BalasPadam
  3. Ya Allah, indahnya Islam :D

    BalasPadam