Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hantu Ramadhan

Pembaziran dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, kini kita berada di dalam fasa kedua bulan Ramadhan. Fasa berapa pun kita berada, yang penting kita laksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang kita rasa dah banyak amalan baik yang dah dilakukan dalam bulan Ramadhan ini. Tapi satu masalah yang kita tidak perasan adalah pembaziran, salah satu masalah yang sering berlaku dalam bulan Ramadhan. Bila dah ada di bazar Ramadhan, jadi rambang mata dengan pelbagai makanan. Lalu terbeli melebihi keperluan. Kerana membeli ikut nafsu, akhirnya 'terpaksa' membazir.

Hantu Ramadhan? Apa kaitannya pula hantu dengan bulan Ramadhan ni? Bulan puasa ni ada hantu ke?

hantu Ramadhan

Mak selalu beritahu, kalau makanan tak habis dan dibuang begitu saja, makanan tu akan menangis. Hehe betul ke? Nak tau betul atau tak, tonton video 'Hantu Ramadan' daripada Mat Luthfi.



Mesej yang disampaikan dalam video ini ialah tentang pembaziran. Terbaiklah Mat Luthfi and the gang. Perkara yang selalu kita buat dalam bulan puasa ni kan.

Makanan 'menangis' macam bunyi hantu mengilai kan. Seram juga dengarnya. Menangis sebab tidak dihabiskan dan akhirnya dibuang. Macam tu la agaknya 'perasaan' makanan yang tidak dihabiskan.

Makanan yang kita dapat jamah ketika berbuka puasa adalah rezeki. Sayang jika rezeki itu kita sia-siakannya. Jangan dilayan nafsu yang inginkan pelbagai benda akhirnya kita yang rugi. Waktu kita lapar, nafsu pun lapar juga. Tak salah ke bazar Ramadhan, tapi belilah mengikut keperluan saja. Bawa RM5 pun dah boleh dapat macam-macam tau.

Akhir kata, berfikir dahulu sebelum membeli. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Jika ada lebih, sedekah itu lebih baik.


2 ulasan for "Hantu Ramadhan"

  1. salam elak kan pi bazar ! insyaAllah dapat elak

    BalasPadam
  2. Saya dah kurangkan pi pasar ramadhan, kalau teringin sangat baru pi beli. Susah nak kawal nafsu membeli.. lebih baik jangan singgah langsung. Kalau sekadar nak cuci mata pegi je tempat lain..

    BalasPadam