Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Makan Nasi Berlaukkan Durian

Makan Nasi dengan Durian

Sedapnya makan nasi bersama beberapa ulas durian. Makan pula dengan nasi yang masih panas, ada lauk ikan goreng sekali dan tabur sedikit kicap pada nasi. Perghh.. memang mengancam! Kalau musim durian selalu juga makan macam ni. Sedap sangat.
isi durian
Makanan tengah hari tadi

Apa perasaan anda tengok gambar di atas ni? Berselera betul saya bila dapat makan nasi bersama durian. Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah masih izinkan saya untuk merasa durian. Dapat makan macam ni pun dah bersyukur sangat. Seronok bila tiba musim durian. Makan nasi pun kena dengan durian jugak. Bukan pulut je yang makan dengan durian tau. hehe.

Sesiapa yang tak berapa gemar durian ni, rugi jugak la kan :) Ada yang tak suka baunya. Ada yang tak suka rasanya. Tak kisah la apa orang kata, durian tetap berharga dan sedap. Tetapi jangan pula makan terlalu banyak dalam satu masa. Panas badan pula nanti.

Makan durian berpada-pada. Jangan ikut macam saya ok. haha.

Anda juga makan nasi bersama durian?


14 ulasan for "Makan Nasi Berlaukkan Durian"

  1. okay ingat sy sorg je yg pelik buat mcm tu.. rupanya ada juga org lain buat mcm tu.. hehe.. ada ging la.. mmg sdp ooo kena dgn ikan goreng panas2 fuh layanz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap sangat..sampai tangan pun melekat dengan bau durian ni.hehe

      Padam
  2. Memang sedap makan nasi dengan durian... Dulu pernah la makan .. sekarang tak makan durian dah....

    BalasPadam
  3. alamak..
    first time shark tgk orang makan camni..
    tak pernah rasa lagi.
    hehhe..
    biasa pulut atau sambal tempoyak jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada je orang makan mcm ni..tapi mungkin jarang la kan. hehe

      Padam
  4. sedap nie....dapat durian memang tak pandang kiri kanan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan..hehehe. sampai menjilat jari

      Padam
  5. sedapnya tengok durian tuuuuu!

    BalasPadam
  6. dulu selalu la buat. Sekarang ni makan dengan sambal belacan sebab tak boleh nak terima manis2 sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni pun jarang saya buat. time musim durian pun kadang2 je makan dengan durian ni ^_^

      Padam
  7. Uih, abah Sha suka makan macam ni. Kitorang pun dah terikut-ikut mkn nasi panas dengan durian. Pehhhhhhh.

    BalasPadam
  8. pelik ni.. makan nasi dengan durian.. siqah tak pernah makan camtu..hehe. sedapnya durian.. mana nak cari ni?

    BalasPadam