Penyelesaian Kotak Komen Tidak Muncul pada Mobile View
Kotak Komen Tidak Muncul pada Mobile View
Tengah sedap-sedap blogwalking menggunakan smartphone dan nak tinggalkan komen di sesebuah entri, scroll punya scroll tapi tak jumpa pun kotak komen. Tapi bila tengok menggunakan PC atau laptop ada pula. Atau blog anda juga mengalami masalah seperti ini?Blog saya juga pernah mengalami masalah ini. Kotak komen tidak muncul pada mobile view tapi muncul apabila dilihat melalui laptop. Pening juga fikirkan tentang ni. Saya pun google la cari tutorial supaya kotak komen muncul pada mobile view. Banyak juga yang saya cuba tapi asyik tak menjadi je.
Sampailah saya singgah kat blog milik Cik Shahira yang ada tutorial ini. Memang menjadi bila ikut tutorialnya. Mudah sangat. Jadi saya nak kongsikan apa yang saya dah cuba dengan anda semua.
Tutorial supaya kotak komen muncul pada mobile view
1. Pergi ke Template > Edit html
2. Klik je mana-mana dalam kotak kod tanpa usik kod tersebut. Selepas itu, tekan ctrl + f pada keyboard laptop atau PC. Search box akan muncul pada bucu atas kanan dalam kotak kod. Masukkan img{display:none}} dalam search box tersebut dan klik Enter.
3. Anda akan lihat seperti kod di bawah ini setelah klik Enter tadi:
Apa yang perlu dibuat ialah, kod img{display:none}} (rujuk anak panah) perlu dibuang dan akan jadi seperti di bawah ini:
Dah selesai buang kod tersebut, klik butang oren Save Template. Anda boleh periksa kotak komen blog menggunakan smartphone. InsyaAllah kotak komen muncul dan boleh komen macam biasa.
Mudah bukan? Selamat mencuba. Jangan panik kalau ada masalah, cari penyelesaiannya dahulu :)
Thanks yunk! Akhirnyaaaa dapat juga penyelesaiannya
BalasPadamSama2.. alhamdulillah selesai masalah :)
PadamBab coding lg failed
BalasPadamtengok pelan2 insyaAllah jadi
Padam