Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lagu Demi Cinta yang Menyentuh Hati

Lagu dan Lirik Demi Cinta Nyanyian Ezad Lazim

Lagu Demi Cinta  nyanyian Ezad Lazim sering kedengaran di corong-corong radio pada masa kini. Pertama kali saya dengar di youtube, lagunya berjaya menarik perhatian saya. Memang selalu ulang dengar lagu ni. hehe

lagu demi cinta

Demi Cinta juga tercalon dalam separuh akhir Muzik-Muzik 31. Harapnya lagu ini berjaya melangkah ke peringkat akhir di Anugerah Juara Lagu. Lagu ini juga menjadi lagu tema drama Umairah yang kini disiarkan dalam slot Samarinda di TV3 pada hari Isnin hingga Rabu bermula jam 10 malam.

drama Umairah TV3

Gabungan lirik dan lagu yang mantap membuatkan lagu Demi Cinta semakin popular. Lagu Demi Cinta membawa mesej dan makna yang penuh mendalam. Setiap lirik mempunyai ceritanya sendiri. Kerana dadah, sesebuah institusi keluarga boleh runtuh. Hilang kebahagiaan dalam rumahtangga. Tapi kerana ada orang yang kuat memberikan sokongan kepada mereka yang terjebak dalam kancah dadah, insyaAllah mereka pasti kembali ke dunia nyata.

Jom tonton video muzik lagu Demi Cinta, mungkin ada yang mengalirkan air mata...


Lirik Lagu Demi Cinta - Ezad Lazim

Ku sedar ku berdosa
Kerna sering menyakitimu
Membuatkan kau terluka
Berteman rasa kecewa

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Bahagia


*Semoga kita semua sedar akan kesalahan yang telah dilakukan kerana ramai yang sayangkan kita. Yang penting Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya.


Catat Ulasan for "Lagu Demi Cinta yang Menyentuh Hati"