Percutian di Kuala Kangsar Sempena Cuti Sekolah
Tempat Menarik di Kuala Kangsar
Cuti sekolah bakal menjelma tidak lama lagi. Pastinya cuti sekolah menjadi waktu berharga untuk dinikmati bersama keluarga. Semestinya cuti sekolah bakal diisi dengan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga tersayang bukan? Salah satu aktiviti yang popular apabila tiba musim cuti sekolah ialah bercuti di tempat yang menarik. Jika anda memilih untuk bercuti di tempat menarik bersama keluarga musim cuti nanti, adakah anda sudah membuat persediaan yang secukupnya?Sesebuah percutian pasti akan lebih menarik jika kita merancangnya dengan teliti. Bermula dari pemilihan tempat percutian yang menarik, tarikh yang sesuai, perbelanjaan dan juga penginapan. Sebut sahaja tentang penginapan, rata-rata ramai yang akan mencari yang bersesuaian dengan bajet. Pasti hotel yang murah tetapi kelengkapannya tip top menjadi pilihan utama. Jadi, untuk tahu di mana terdapat hotel yang murah, kita boleh membuat carian di laman web Traveloka. Beratus-ratus hotel yang kita akan jumpa mengikut kehendak kita. Tambah pula cuti sekolah bakal tiba. Promosi hebat dari Traveloka menanti anda. Wow.. memang rambang mata nak pilih!
Untuk percutian pada musim cuti sekolah ini, saya cadangkan negeri Perak sebagai destinasi percutian anda. Ada ke tempat menarik di Perak ni? Mestilah ada. Laut, hutan lipur, taman tema, pelbagai tempat bersejarah, binaan masjid dan istana yang cantik dan unik, tempat makan best, Bandar di Raja dan lain-lain lagi. Banyak kan? Kali ini saya nak kongsikan dengan anda tempat menarik di Kuala Kangsar, tempat saya tinggal kini.

Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja negeri Perak. Pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Kangsar jika anda bercuti di bandar ini. Pelancong dari luar negara kerap datang ke Bandar Kuala Kangsar kerana bandar ini memiliki tarikannya yang tersendiri.
Kalau anda merancang untuk bercuti di Kuala Kangsar, saya cadangkan Golden Roof Hotel kerana hotel ini terletak betul-betul di dalam Bandar Kuala Kangsar.



Ia akan memudahkan anda untuk ke kawasan berdekatan hanya dengan berjalan kaki sahaja. Ramai tetamu memberitahu bahawa Golden Roof Hotel Kuala Kangsar adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik. Jadi, memang tak salah kalau anda memilih hotel ini sebagai tempat penginapan ketika bercuti di Kuala Kangsar.
Kuala Kangsar adalah sebuah bandar yang cantik dan bersih. Landmark Kuala Kangsar adalah jam besar yang terletak di tengah-tengah roundabout berdekatan pejabat pos. Kalau anda nak tahu, suatu ketika dahulu pernah terjadi banjir besar sehingga menenggelamkan separuh jam besar itu. Itulah banjir besar pertama yang pernah terjadi di Kuala Kangsar.

Naik ke Bukit Chandan, anda pasti teruja dengan pemandangan Sungai Perak di situ. Lagi cantik pemandangan pada malamnya kerana dihiasi lampu berwarna-warni. Di Bukit Chandan, anda akan jumpa Galeri Sultan Azlan Shah iaitu sebuah muzium yang menyimpan pelbagai barangan yang pernah dimiliki oleh Sultan Muhibbudin Shah.

Di galeri itu juga terdapat kisah-kisah perjalan hidup baginda untuk dilihat sendiri rakyat jelata. Untuk pengetahuan anda, bangunan ini dahulunya dikenali sebagai Istana Ulu dan sudah berusia lebih 100 tahun.
Sudah puas melihat pelbagai koleksi barangan bersejarah milik sultan, singgah sebentar di Masjid Ubudiah yang merupakan Masjid Diraja Perak. Senibina masjid ini menjadi tarikan pengunjung. Luar dan dalam masjid ini memang cantik. Jadi, tidak hairanlah masjid ini menjadi salah satu masjid yang paling cantik di Malaysia.
![]() |
Masjid Ubudian Bukit Chandan |
![]() |
Istana Iskandariah |
Tidak jauh dari istana itu terdapat Muzium Diraja Perak atau lebih dikenali dengan Istana Kenangan. Menariknya muzium ini dibina tanpa menggunakan paku walaupun sebatang. Di muzium ini pengunjung dapat melihat bentuk asal bilik-bilik istana dan maklumat sejarah kerajaan Perak. Kawasan di sini sangat mendamaikan.
![]() |
Muzium Diraja Perak a.k.a Istana Kenangan |


Restoran ikan bakar juga terdapat di situ. Memang ramai yang berkunjung ke situ lebih-lebih lagi pada hari minggu. Harganya juga amat berpatutan. Terdapat juga deretan kedai menjual cenderamata dan kraftangan hasil penduduk tempatan seperti labu sayong, bakul rotan, dan pelbagai barangan unik dijual di situ.

Gerai menjual makanan seperti keropok lekor, pisang goreng, rojak buah, minuman dan lain-lain lagi juga ada berhampiran. Pada sebelah malamnya pula, anda boleh ke medan selera yang terletak bersebelahan Arena Square Kuala Kangsar, dibuka sehingga jam 12 malam.
Bagi yang ingin merasai pengalaman menaiki bot, anda boleh cuba menaiki bot penambang yang disediakan di jeti berdekatan Sungai Perak untuk melihat pemandangan menarik ketika berada di atas sungai dan kelihatan persisiran Sayong berhadapan Lembah Kuala Kangsar.
![]() |
Bot Penambang |
Labu sayong… Sebut sahaja Kuala Kangsar, pasti teringat labu sayong. Labu sayong adalah tempat menyimpan air. Air yang disimpan dalam labu sayong akan jadi sejuk seperti baru dikeluarkan dari peti sejuk dan dikatakan mempunyai khasiat jika disimpan di dalamnya. Bagi anda yang teringin melihat proses pembuatan labu sayong, boleh ke Pusat Kraftangan Labu Sayong yang terletak di Mukim Sayong. Kerana itulah labu ini dinamakan Labu Sayong, sempena nama tempat asal ia dibuat.
Pelbagai bentuk, saiz dan jenis labu sayong yang ada di sini. Bukan sekadar tempat menyimpan air, ia juga sesuai dijadikan perhiasan rumah dan doorgift mengikut jenis labu sayong yang bersesuaian. Bagi anda yang berminat dengan kraftangan tempatan jangan lupa melawat Pusat Pembangunan Kraftangan Pembangunan Perak yang terletak di Enggor. Pelbagai barangan kraftangan ada di sini termasuklah labu sayong.
Bagi anda yang belum tahu, terdapat sebatang pokok getah pertama dan tertua di Malaysia. Pokok ini berada berhampiran Pejabat Daerah Kuala Kangsar.

Tidak jauh dari situ, terdapat sebuah menara iaitu Menara Pavilion Segi Empat yang terletak di Jalan Bendahara iaitu berhampiran kawasan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Menara bersejarah ini telah dibina pada tahun 1920 ketika pemerintahan Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun 1918 hingga 1938. Menara itu digunakan sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar Shah selepas bermain polo.
Sebuah jambatan yang juga mempunyai cerita sejarahnya tersendiri iaitu Jambatan Victoria, terletak di Enggor. Jambatan ini dahulunya adalah landasan kereJambatan ini popular kerana pemandangannya yang cantik serta seni binanya yang unik diperbuat daripada besi. Ia sering menjadi tarikan para jurugambar untuk merakam foto perkahwinan dan kenangan di sini.
Setelah puas berjalan, bolehlah ke Hutan Lipur Ulu Kenas yang tidak jauh dari bandar Kuala Kangsar untuk merehatkan diri. Tempat wajib pergi bagi pencipta alam semulajadi. Air sungainya sejuk turun dari gunung. Pemandangan di situ yang cantik dan menghijau, menenangkan fikiran. Kemudahan seperti surau, tandas, chalet dan tapak perkhemahan juga disediakan di situ. Anda pasti teruja dengan keindahan Hutan Lipur Ulu Kenas ini.
![]() |
Hutan Lipur Ulu Kenas |

Wah, banyaknya tempat menarik yang ada di Kuala Kangsar. Jadi, tunggu apa lagi? Jom la datang ke Bandar Diraja Kuala Kangsar yang terdapat pelbagai tarikan ini. Rancang percutian anda sekarang juga. Susah nak cari penginapan yang sesuai? Cari saja di Traveloka, ada diskaun menanti. Pasti mudah hidup anda.

Selain daripada Kuala Kangsar, anda juga boleh memilih destinasi lain kerana di Traveloka mempunyai hampir 100 buah hotel di seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura yang boleh di pilih sebagai destinasi pilihan. Selamat merancang percutian hujung tahun 2016!
mood bcuti on!!
BalasPadamjom pi bercuti :)
Padambiasa kalau pegi Kuala kangsar selalu check in hotel seri kangsar dekat lembah tu, x tau pun ada hotel ni tapi boleh try ni. tq share info
BalasPadamsama2..boleh try menginap di situ juga :)
PadamTEMPAT YANG MENARIK UNTUK DILAWATI.
BalasPadamok usha jap traveloka..ehhee
BalasPadamcepat2 usha..cuti2 ni banyak promosi hebat
Padam