6 Sebab Perlu Ada Nama Domain Sendiri untuk Blog
Kepentingan Nama Domain Sendiri untuk Blog
Kini, semakin ramai blogger yang menukar domain yang percuma kepada nama domain sendiri. Contohnya, domain percuma www.ayam.blogspot.com kepada domain berbayar www.ayam.com. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu ada nama domain sendiri untuk blog. Wajib atau tidak menukar domain blog ni?
Apa yang Mai dapat hasil daripada perbincangan dengan rakan blogger dan melalui laman web rujukan tentang perlunya ada domain sendiri untuk blog ialah:
1. Supaya blog mudah diingati dan dikenali.
Sebelum blog Mai bertukar domain seperti sekarang ini, blog Mai menggunakan URL maisarahmyblog.blogspot.com. Panjang kan URL nya? Nak ingat pun susah. Jadi, Mai ambil langkah menukar domain yang lebih pendek dan ringkas iaitu maisarahsidi.com supaya lebih mudah pembaca mengenal blog Mai dan sekaligus dapat menghafal URL blog.
2. Branding/penjenamaan
Branding atau penjenamaan penting bagi sesebuah blog atau blogger. Domain menjadi lambang identiti diri sendiri dalam dunia blog. Bila sebut saja sesebuah domain, kita dah boleh bayangkan pengisian blog tersebut atau kita kenal bloggernya. Juga penting bagi blogger yang serius menulis blog dapat membantu untuk pergi lebih jauh dalam dunia blogging dengan domain tersebut.
3. Lebih profesional
Kebanyakan blogger terkenal yang sudah pun mencipta nama dalam dunia blogging di Malaysia misalnya menggunakan nama domain sendiri untuk blog mereka. Salah satunya ialah menjadikan blog nampak lebih profesional dan menambah keyakinan kepada pembaca. Jadi, kalau inginkan blog sebegitu, blog anda bolehlah bertukar kepada domain pilihan sendiri.
4. Lebih berdisiplin dalam penulisan blog
Apabila sudah menggunakan domain sendiri, ini bermakna anda perlu renew domain setiap tahun dengan bayaran tertentu. Rugilah kalau jarang update blog. Penulisan yang tidak bermanfaat juga dapat dielakkan supaya domain yang membawa identiti blog dan blogger tidak terpalit dengan pandangan negatif masyarakat umum. Gunakan blog dengan sebaiknya serta mantapkan lagi penulisan.
5. Meningkatkan peluang menjana pendapatan melalui blog
Blog adalah salah satu medium terbaik untuk pengiklanan. Pelbagai jenis produk dan servis boleh diiklankan di blog. Jadi, memiliki domain sendiri adalah amat digalakkan supaya para pengiklan lebih mempercayai blog kita. Sebabnya ada sesetengah pengiklan, mereka juga mengutamakan domain selain daripada faktor trafik.
6. Kepentingan domain untuk SEO
Tahukah anda enjin carian seperti Google akan mengindeks katakunci atau maklumat sesuatu laman web bermula dengan halaman utama nama domain tersebut. Dengan adanya domain sendiri memudahkan enjin carian menjumpai blog anda seperti yang diperkatakan di blog ejoeSolutions.
Apa pun fikir dengan sebaiknya tujuan anda membeli domain. Pastikan nama domain yang dipilih betul-betul tidak akan membuatkan anda menyesal di kemudian hari.
Nak tahu bagaimana cara mudah membeli domain? Baca di sini Cara Mudah Beli Domain Di NetKL.
:) nice sharing...
BalasPadamterima kasih ;)
PadamCm sedang berusaha nak domain sendiri. ;)
BalasPadamsemoga berjaya CM!
PadamMemang perlu domain sendiri dan ebih bagus kalau letak nama sendiri.
BalasPadambetul tu PCL
PadamMenarik juga. InshaAllah suatu hari nanti ciklapunyabelog.blogspot.com akan bertukar domain... 😁😁
BalasPadamyeahhh.. jom tukar hehe
Padammama pn tengah berfikir2 ni nak beli domain sendiri ke tak
BalasPadamfikir dulu, jangan terburu-buru mama
Padammemang ada niat nak beli domain sendiri tapi takut mood blogging ke laut je haha
BalasPadamkalau betul niatnya, insyaAllah tak ke laut hehe
PadamAS belum sampai setahun pakai custom domain. Bulan 10 ni first time nak renew..so sepaniang tahun ni target nak buat job palin kurang, dapat lepas bayar domain. Alhamdulillah income dah mencukupi untuk renew domain hihihi
BalasPadamAlhamdulillah AS :)
PadamKalau dah apply adsense lepastu tukar domain ada apa2 kesan tak?
BalasPadamkena tukar domain yang baru kat adsense nanti
Padamsinggah n follow sini.. ^^
BalasPadamhttp://www.mohdnoorshawals.com/
terima kasih ;) saya dah balas kunjungan
Padamtq for sharing
BalasPadamsama-sama sis
Padammemang bagus ada domain sendiri.. lebih-lebih lagi kalau nama sendiri.. senang untuk diingat :)
BalasPadambetul sangat. senang ingat. dah ada identiti sendiri ;)
Padamsenang kak ada domain sendiri..nmpak lebih profesional
BalasPadambetul tu. setuju!
PadamBersemabgat lain macam jika ada domain sendiri dan jika approve akaun penuh adsense lagi bergelora.
BalasPadamYa semangat lebih dengan guna domain sendiri ni. Betul sangat tu hehe
PadamTerbaik ulasan...
BalasPadam