Cara Memasang Iklan In-article Native Google AdSense Dalam Entri Blog
Cara Pasang Iklan In-article Native Google AdSense Dalam Entri
Memasang iklan Google AdSense di tengah entri adalah salah satu posisi iklan yang membantu dalam meningkatkan lagi earning kerana dapat menarik perhatian pembaca untuk klik iklan tersebut. Kini pihak AdSense menambah lagi satu iklan native iaitu In-article Native Ad atau iklan dalam artikel.
In-article adalah format iklan baru yang dioptimumkan Google yang membantu anda meletakkan iklan antara perenggan halaman anda. Banner iklan jenis ia adalah responsif. Paparan iklan In-article dengan susun atur yang sesuai antara gambar dan ayat yang membuatkan ia nampak lebih kemas. Elemen iklan pengiklan yang berkualiti tinggi digunakan bagi iklan jenis ini berbanding banner iklan standard. Contoh iklan in-article seperti gambar di bawah ini...
Contoh In-article Native Ad Google Adsense |
Ikuti langkah-langkah berikut:
Bahagian A
1. Log in ke akaun AdSense anda.
2. Di panel navigasi kiri, klik My Ads.
3. Klik butang + New ad unit.
4. Klik In-article ads
5. Beri nama iklan dalam artikel anda.
6. Klik butang biru Save and Get Code.
Kod iklan in-article |
Bila dah dapat kod, bolehlah letak dalam blog.
Bahagian B
Cara pasang iklan di dalam entri/artikel:
1. Pergi ke dashboard blog, kemudian klik Theme > Edit html. Tekan Ctrl+f pada keyboard dan masukkan kod <data:post.body/>. Kalau ada jumpa banyak kod ini, cuba satu2 sehingga iklan muncul di blog.
2. Gantikan kod <data:post.body/> yang dicari tadi dengan kod di bawah ini:
<div expr:id='"post1" + data:post.id'/>
<div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
<center>
*Letakkan kod unit adsense hasil parse disini
</center>
</div>
<div expr:id='"post2" + data:post.id'>
<data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>
var obj0=document.getElementById("post1<data:post.id/>");
var obj1=document.getElementById("post2<data:post.id/>");
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf("<br>");
if(r>0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
</script>
Seterusnya, anda perlu parse kod iklan anda di Blogcrowds (klik).
Gantikan ayat ini > *Letakkan kod unit adsense hasil parse disini dengan kod iklan anda yang telah diparse.
Contoh kod iklan in-article AdSense yang telah diparse |
3. Kemudian, klik butang Preview Template untuk memastikan tiada sebarang error terjadi. Jika tiada, boleh Save Template.
4. Iklan akan muncul di blog dalam tempoh 20-30 minit selepas kod dimasukkan.
Apa yang perlu buat selepas tempoh itu ialah klik salah satu entri blog anda dan lihat sama ada iklan AdSense muncul dalam entri atau tidak. Kalau tak muncul, anda perlu cuba letakkan kod dalam langkah 2 di bawah kod <data:post.body/> yang ada sehinggalah iklan muncul.
Dah muncul di blog? Tahniah. Kalau ada sebarang kemusykilan, boleh ajukan sebarang pertanyaan di ruangan komen, InsyaAllah Mai tolong yang mana mampu.
Kredit kepada sayidahnapisah.com untuk kod letak iklan AdSense di tengah artikel blog.
Saya nak letak kat bawah title pun seksa... takut dah nak edit2 yg tengah pula T_T
BalasPadamInsyaAllah jadi kalau betul2 ikut tutorialnya ;)
PadamWah... Baru semalam pihak google adsense buat livestreaming pasal iklan innative ads google
BalasPadamohh yeke.. baru tahu ni
PadamBelum ade rezeki lg dpt iklan adsense
BalasPadamInsyaAllah nanti dapat iklan adsense tu ;)
Padamwah agak rumit..
BalasPadamtp bole try tgok kat blog yaya nti..tq share ^_^
InsyaAllah tak rumit..mudah je ni ;)
Padamwaaa.adsense sis pun dah approve ke..saya still status 'awaiting for approval' lagi..huhu
BalasPadamwow menarik ni.. boleh cuba thanks Mai ^^
BalasPadamyeayyy thank you sis :)
BalasPadamassalamualaikum mai..mama kalau bab coding ni mmg takut sangat nak usik...dulu pernah buat punah semuanya...lepas tu terus x nak buat lg serik rasanya...
BalasPadamCoba satu per satu kode ...
BalasPadamHm...
tak berani nak buat hahhaha sebab tak pandai la
BalasPadammudah je tutorial ni kalau betul ikut langkah-langkahnya ;)
PadamTq mai, share tutorial yang mudah wawa nak follow. tapi kenapa erk kalau letak code kat sidebar iklan tak muncul?
BalasPadamsama-sama. kalau baru masukkan kod, ambil masa sikit untuk muncul. kalau tak muncul juga, try create kod baru kat akaun Google Adsense
BalasPadam