Seronoknya Menonton TV dengan Siaran Digital Percuma myFreeview!
Teruja dengan Kualiti Gambar Siaran Digital Percuma myFreeview
Nama abah Mai terpilih sebagai salah seorang penerima dekoder MYTV basic secara percuma. Penerima unit dekoder MYTV percuma ini dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview. Ramai rakyat Malaysia yang dah terima dekorder ini. Anda boleh semak sama ada nama anda tersenarai sebagai penerima unit dekoder MYTV melalui SMS dengan menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888, di laman web mybrodcasting.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.
Dekoder MYTV basic |
Gambar TV sangat jelas dengan menggunakan dekorder ini. Teruja tengok TV dengan kualiti gambar yang sangat bagus ni. Sebabnya sebelum ini, gambar TV di rumah Mai siap ada bintik-bintik hitam putih lagi tu. Siaran yang jelas cuma TV1, 8TV dan TV9 je. Sekarang ini dapat tonton siaran TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV Alhijrah, BERNAMA dan TVi tanpa gangguan bintik hitam putih atau gambar jadi melayang. Apa yang menariknya tentang siaran digital myFreeview ialah semua siaran yang ditawarkan tidak dikenakan sebarang bayaran bulanan. Wow...
Siapa dah dapat tu cepat-cepat sambungkannya dengan TV. Tak kisah TV apa pun yang anda guna. Jenis flat screen, jenis petak besar yang lama pun boleh. Kalau anda dah sambungkannya dengan TV dan masih tak dapat scan siaran, ini bermakna kawasan anda sedang dalam proses naik taraf pemancar. Jangan risau kerana anda pasti dapat tonton TV dengan kualiti gambar yang jelas juga, cuma perlu bersabar saja.
Dekorder MYTV ini abah Mai dapat lama dah, bila entah tak ingat bila poslaju hantar. Tapi semalam baru sambungkan dengan TV. Haha lambat sangat cuba. Orang lain dah lama cubanya. Rupanya senang je cara nak pasang dekoder ini dengan TV. Hanya ambil masa beberapa minit saja dengan merujuk panduan yang disertakan bersama dalam kotak dekoder. InsyaAllah Mai akan kongsikan cara mudah pemasangan dekorder MYTV langkah demi langkah pada entri seterusnya.
Abah luqman pn dapat tapi belum gunakan lagi.hehe
BalasPadamcepat-cepat pasang tau. dapat tengok tv dengan gambar yang sangat jelas nanti
Padamuntunglah terpilih.. mama x dpt tapi takpelah takde rezzeki.. nanti share ye cara pasang. ayah mama kat kampung xtau dpt ke idak
BalasPadamMai dah kongsikan dalam entri seterusnya cara pemasangan dekoder MYTV
Padamwah hebat ler dapat gambar yang cantik bila di pasang decoder tu..
BalasPadamiye..sangat jelas gambarnya
PadamJelasnye.. iklan xtipu... Mmg mcm HD...
BalasPadambetul tu.. siaran digital kan ;)
PadamTq mai kongsi this Info....
BalasPadamsama-sama kak efa
Padamsenang nak pasang bagusla.. x complicated ^^
BalasPadam