Manis Buah Rambutan Diingati Selalu
Musim Rambutan Kembali Lagi
Musim rambutan kembali lagi di tempat Mai iaitu di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Alhamdulillah. Dua batang pokok rambutan yang ditanam berdekatan dengan rumah telah membuahkan hasil. Meriah buahnya.
Manis rasa isi buah rambutan hasil daripada dua pokok tersebut. Isinya juga bulat dan agak tebal. Sesiapa yang menggemari buah rambutan pasti takkan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Boleh terbayang tak rasanya yang manis tu? hehehe. Kalau kupas kulitnya, kemudian isinya dimasukkan dalam peti sejuk. Lepas tu makan buah yang sejuk-sejuk tu... perghhhh lagi sedap 😋
Sekarang ini sementara buah rambutan ada di pokok, hari-hari mengait buah rambutan, setakat makan 2-3 biji je. Makan banyak-banyak takut kena kencing manis pula 😁 Best sangat sebab segar baru dipetik, terus dimakan. Manis jee.. Tapi tak semua buah rambutan manis rasanya. Ada juga pokok rambutan yang buahnya masam. Macam mana nak makan rambutan masam ni? Buah rambutan masam ini sesuai dibuat jem. Ada rasa masam manis. Tapi Mai tak pernah buat sendiri pun. hihi
Kulit buah rambutan ketika warna merah dan sedikit hijau (seperti gambar di bawah ini), sedang elok untuk dimakan. Masa ini buah tengah sedap dan boleh kata sempurna dari segi rasa dan rupa.
Kalau kulitnya dah terlalu merah, mungkin isinya berair.
Selain dibuat makan, dijual pun ada juga. Dengan rambutan pun boleh buat duit tau. Kenalah jual dulu barulah dapat duitnya kan hee. Bolehlah menambah pendapatan sampingan abah. Sehari dapat juga jual dalam 20-25 kilogram. Sebelum dijual, ditimbang sekilogram seikat. Selalunya abah jual kepada peraih terus. Alhamdulillah laris, cepat je habis. Permintaan tinggi rambutan buat masa ni.
Kalau anda nak merasa rambutan, cepat-cepat cari di pasar malam. Tak pun balik je kampung sekejap, dapat makan fresh2 lagi tu hehe.
Sedapnya tengok buah rambutan ni, sekarang susah juga nak dapat area Nilai ni
BalasPadammungkin belum tiba musimnya lagi kat sana ;) sikit ada la tu
PadamKat sini pun musim rambutan dan nak mula.
BalasPadamTapi orang ramai still kejar buah durian lagi.
takpe..kejar dua2 sekali hehe
Padamlama betul tak makan rambutan. tgk gmbr pun dah terliur ni.
BalasPadamnanti bolehlah cari rambutan ;) sedappp
Padamsedap btl
BalasPadamsedap sangat ;)
Padamsdapnya..mkn rambutan lg thn ni..:)
BalasPadamsedap.. alhamdulillah dapat merasa lagi ;)
Padam