Cukup Sepotong Lemang Sahaja Raya Kali Ini
Lemang dan Rendang Pada Hari Raya
![]() |
Lemang dan rendang Foto Zulfaza Loves Cooking |
Setiap kali hari raya, lemang adalah juadah pertama yang Mai akan cari dan makan. Setiap tahun pasti akan buat lemang sendiri. Makan dengan rendang pedas ayam atau daging air tangan mak, lagi bertambah sedapnya. Memang bertambah-tambahlah makannya.
Tapi raya Aidilfitri kali ini, hanya sepotong lemang je yang Mai makan. Itupun malam raya. Sepotong pun cukup dah, jadilah hehe. Macam takda selera pula nak makan lemang banyak-banyak raya kali ini.
Korang tahu tak berapa kalori untuk sepotong lemang?
Wow.. itu baru sepotong, belum berpotong-potong lagi.
Patutlah ada yang merungut berat badan naik ketika musim raya. Tambah pula raya ini macam-macam juadah sedap disediakan.
Baru-baru ini beraya ke rumah saudara-mara. Adalah seorang makcik dok usha.. last-last cakap nampak badan Mai dah berisi. haha. Mula-mula sentap juga tapi bila fikir semula, betul juga cakap makcik tu. Mai sendiri pun perasan badan dah naik. Saiz baju dari S dah ke M.
Memang kena jaga makanlah kalau macam ni. Bukannya tak bersenam, cuma bab makan je agak payah nak kawal. Ada resepi sedap, nak cuba. Nampak makanan sedap, nak cuba. Sudahnya berat badan pun naik. Korang ada yang macam ni tak?
Ok. Maka, bermulalah misi mengurangkan berat badan mulai hari ini. Biar seimbang berat dengan tinggi. Makan nasi, cuba ambil portion suku-suku separuh. Jom kita sama-sama kurus untuk sihat dan dapat beribadat lebih kuat.
sdapnya lemang..:)
BalasPadammemang sedap tapi kena makan berpada-pada :)
Padamharitu raya makan 3 potong patutlah berkilo berat naik :(
BalasPadamkena bako lemak-lemak yang bertandang ni ;) jommm
Padambestnyaa lemang, tak dapat makan pun raya kali ni..
BalasPadamalaa yeke.. kenapa tak dapat makan lemang kak wawa?
PadamRaya kena ada lemang barulah raya.. Sha suka lemang cuma tahun ini encik suami tak buat.. Tak larat dan kekangan masa..
BalasPadambetul tu :) takpe.. banyak lemang dijual tapi kena pilih yang betul2 pakar membuatnya
PadamAntara byk juadah Raya, lemang j yg xjumpa lg.
BalasPadamerkk.. hehe. kalau Mai, pergi beraya ke mana-mana, lemang mesti ada punya
Padamsedapnya lemang
BalasPadamyeaa sedappp
Padam