Sedapnya Mengunyah Kerepek Popia Cheese Pedas
Kerepek Popia Cheese Pedas Sedap
Kerepek popia cheese pedas ini menjadi kegemaran ahli keluarga Mai. Mana tidaknya, rasanya sedap.. rasa keju pedas manis memang kena dengan lidah. Makan sambil menonton TV, tak sedar habis sebalang. Bila sudah dapat resepi kerepek popia cheese pedas, buat sendiri lagi puas hati.
kerepek popia cheese pedas sedap! |
Ada yang suka beli terus kerepek popia cheese pedas ini. Banyak jenama kerepek ini yang ada di pasaran. Salah satu jenama yang Mai tahu, Wonder Cheese. Tapi Mai lebih suka buat sendiri sebab lagi jimat, boleh dapat hasil yang banyak dengan modal yang sedikit.
Nak cuba buat sendiri kerepek popia cheese pedas yang sedap? Jom ikut resepi mudah di bawah ini..
Resepi Kerepek Popia Cheese Pedas
Bahan-bahan yang diperlukan:
Sebungkus kulit popia (Mai guna jenama KG Pastry)
8 sudu besar serbuk keju
2 sudu besar serbuk cili (Mai guna jenama Baba's)
4 sudu besar gula
Cara membuatnya:
2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak hangus. Angkat dan toskan.
3. Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula.
4. Apabila kulit popia yang digoreng tadi sudah sejuk, masukkan ke dalam balang.
5. Kemudian masukkan serbuk yang sudah dikisar tadi ke dalam balang berisi kulit popia dan goncang dengan lembut sehingga serbuk keju rata sepenuhnya.
6. Sedia untuk dimakan.
*Jika rasa terlebih pedas, boleh seimbangkan rasa dengan menambah sedikit gula atau keju (ikut rasa masing-masing)
Video pendek cara buat kerepek popia cheese pedas ini...
Dah siap! Mudah je kan? Lepas ni kalau rasa nak makan kerepek popia cheese pedas, boleh buat sendiri dah. Sekali rasa sekeping kerepek ni, confirm tak nak lepaskan balangnya.
Bukan boleh buat makan sendiri saja, nak jana pendapatan sampingan dengan jualan kerepek popia cheese pedas ini juga boleh. Kalau sebelum ini asyik membeli, kali ini dah boleh buat duit pula dengan kerepek ini 😉
Jom le kite buat kerepek ...
Pelbagai info menarik yang lain ada di sini...
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
aritu kt umh mak ada kerepek popia cheese ni..ralit ngunyah
BalasPadamsedap kan hehe
PadamMudahnya nak buat.. sedap pula tu..
BalasPadambetul.. senang sangat :)
PadamKlu dpt xsampai sehari dh hbs. Nk pula mkn sambil tgk tv.memang syok
BalasPadamhehe.. tau takpe. makan dengan nasi pun sedap hihi
Padammudah kan. tp malas nk buatt
BalasPadamya mudah.. sekali sekala cuba, mesti nak buat lagi lepas tu :)
PadamDa sama macam wonder cheese. Hari tu kt kg,cousin Del yang buat kan..sedap plk rasa xyh beli mahal2
BalasPadamha'ah.. tak payah beli dah. buat sendiri lagi jimat kan
Padamsedap nyer
BalasPadamsedap sangat ;)
Padammy fav kerepek ni
BalasPadamsama la kita ;)
PadamKuantiti serbuk cheese, cili dan gula tu cukup untuk satu pack popia?
BalasPadamcukup. tapi kalau nak buat lebih pun boleh
Padamkalau kisar sekali dngn nestum takpe tak ?
BalasPadamkalau kisar sekali dngn nestum takpe tak ?
BalasPadammungkin jadi manis rasanya. boleh dicuba dulu tu. kalau sedap, bagitau saya ye heeee
BalasPadamSimple dan sedap. Kami panggil ralit kalau makan benda ni. Sedar2 sebekas licin.
BalasPadamBetul. Ketagih mengunyah ni hihihi
Padam