Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Suku-suku Separuh Bantu Kurangkan Berat Badan, Jom Cuba!

Amal Suku-suku Separuh untuk dapatkan berat badan ideal


Teringat ketika raya Aidilfitri beberapa bulan lepas. Ada seorang ibu saudara menegur Mai, katanya badan Mai nampak berisi. Depan orang lain pula tu dia cakap. Terasa jugalah hati dengan kata-katanya, suka-suka nak komen diri orang lain kan heeee

Tapi bila difikir semula, memang betul pun cakap ibu saudara. Masa berat tengah naik tu, kaki pun selalu rasa sakit, cepat penat. Pakaian lama tak boleh pakai dah! Perubahan bentuk badan sangat ketara. Apabila berat tak ideal dengan ketinggian badan, macam inilah jadinya kan.

Teringat zaman belajar di universiti, sampai pensyarah tegur Mai suruh makan banyak sebab kurus, muka pun cengkung. Masa itu aktif, sebab tu berat badan susah naik. Baju pun pakai saiz S. Bila dah kerja asyik mengadap komputer je, sedar tak sedar badan dah naik. Makan pula tak ambil diet seimbang.

Sedih juga bila baju-baju lama dah tak muat. Nampak sangatlah badan dah berisi kan. Nak tak nak, memang kena paksa diri untuk dapatkan semula berat badan ideal dan yang penting sihat. Perkara pertama yang Mai lakukan adalah ubah gaya hidup. Jaga pemakanan dan kerap buat senaman. Kalau sebelum ini nasi mesti penuh sepinggan, sekarang hanya ambil suku pinggan saja. Ya, Mai amalkan 'Suku-suku Separuh' seperti yang doktor sarankan.

Suku-suku Separuh
Foto www.finerminds.com

Suku-suku separuh.. suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur serta buah-buahan. Nak mudah, guna je pinggan sihat khas yang ada dijual di kebanyakan pasar raya. Kalau nak buat anggaran sendiri pun boleh. Yang suka ambil nasi, mi, bijirin dan ubi senang ikut genggam tangan masing-masing. Yang suka roti, ambil jenis wholemeal. Kalau Gardenia, pilih bungkusan warna hijau atau ungu. Kemudian, elakkan makanan dan minuman manis, makanan bergoreng Mai ambil sekali sekala, air masak jadi minuman utama. Makanan dan minuman yang diambil, jangan lupa kira kalori supaya tidak melebihi keperluan badan.

Suku-suku Separuh

Bersenam pun buat juga. Jogging, lompat tali.. berjalan laju pun ok. Nak bersenam dalam rumah pun boleh, boleh cari di YouTube aktiviti bersenam dalam rumah. Nak kurus ni niat kena betul. Kurus bukan sebab nak pakai baju ketat, tayang badan sana sini. Tapi sebab nak sihat supaya boleh uruskan diri sendiri dan keluarga dengan baik serta dapat beribadat dan bekerja dengan selesa.

Selepas amalkan 'suku-suku separuh' dan senaman, Alhamdulillah berat badan dah berkurang dan pakaian lama kembali muat! Buat kerja pun rasa selesa je.

Masa sedang amalkan diet seimbang, ada juga yang cakap, "alaaa buat apa nak diet-diet ni, hidup ni kena cuba semua makanan sedap, barulah nikmat". Ya, makanan sedap memang nikmat tapi kena pandai kira kalori ya. Kita kena ingat, makanan yang diambil perlu sesuai dengan tenaga yang kita gunakan. Dah makan macam-macam jenis makanan, kenalah pandai bersenam. Lainlah kalau kita pekerja buruh atau petani yang banyak gunakan tenaga. Jangan bising di socmed beritahu menyesal makan banyak, berat badan dah naik, badan dah berisi tapi tindakan diri sendiri tiada.

Nak amalkan diet seimbang ni mudah je sebenarnya. Yang susahnya istiqamah je. Makan secara sihat. Tak perlu risau fikir susah-susah nak makan apa, makan je ikut suku-suku separuh yang ada karbohidrat, protein dan sayuran serta buah. Nampak sikit kan portion makanan tu? Tapi sangat membantu kurangkan berat badan dan kekalkan berat badan ideal. Kalau rasa lapar nak makan snek, gantikan biskut, makanan ringan dan seumpanya dengan makan buah-buahan. Makan pula ikut waktu sepatutnya.

Lagi satu, jangan mudah terpengaruh dan tertipu dengan ubat kurus yang semakin banyak di pasaran. Nak kurus tapi dalam masa yang sama nak makan banyak dan tak nak bersenam. Agak-agak andalah.. jadi ke kurusnya tu? Jangan sampai organ dalam badan yang rosak ya kerana nak cepat kurus. Kita sendiri pun tahu, mana ada jalan singkat untuk berjaya kan.

Lagi, makan makanan sebenar lebih bagus daripada yang telah diproses. Rugi pada sesiapa yang tak suka buah-buahan dan sayur-sayuran sebenar, sangat banyak manfaatnya untuk badan. Sebelum memilih untuk ambil makanan tambahan kerana diri sendiri tak suka makan buah atau sayur, yang claim dirinya tak cukup khasiat.. fikir dulu dalam-dalam ye. Tak salah paksa diri untuk makan makanan sebenar yang kaya khasiat semulajadi.

Untung amalkan gaya hidup sihat. Kebaikan dan manfaatnya terasa pada diri sendiri. Kalau anda nak hidup sihat dengan berat badan ideal, ubah cara pemakanan dan kerapkan bersenam. 'Sayang lemak, tinggal-tinggalkan kan' eh hihihi..






14 ulasan for "Suku-suku Separuh Bantu Kurangkan Berat Badan, Jom Cuba!"

  1. Nurse pun suruh sy makan suku suku separuh. Tapi tu lah. Perut ni asyik laparrr jee. Kdg melantak jugak byk2 nasik tuu. Hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena kawal lapar tu. hehe. segenggam nasi pun dah berapa kalorinya, kalau banyak... beratus-ratus jawabnya. kena rajin bersenam juga. InsyaAllah boleh ;)

      Padam
  2. Saya pon doc dh peringat sruh diet..kurangkan berat badan.. . Tapi kejap ja mkn nasi separuh ni. .. Lepas tu. . Aduhai. . Main makan ja apa depan mata. .Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak makan macam-macam boleh je, tapi biar apa yang dimakan tu tak terlebih kalorinya dan sesuai dengan kerja seharian kita ;)

      Padam
  3. akk pun sangat berisi, ngat nak amek meal suplement..since tak boleh nak kawal makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak boleh cuba suku-suku separuh dulu. sebelum ni mai pun makan tak jaga, banyak karbo pulak tu.. lepas cuba suku-suku separuh dan bersenam, memang rasa perubahan pada badan

      Padam
  4. tgh struggle jgk ni nak bersuku2 separuh tuh..join program myfit challenge opis punye pun rasa byk dugaan esp bab makan tu...hheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe biasa la tu kan. makanan sedap memang nikmat, tapi kena berpada-pada ambilnya.. insyaAllah terkawal :)

      Padam
  5. Terus insaf baca post ni. Hehehe. Bila laa nak start suku suku separuh niiii >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepat-cepat mula.. jom sihat sama-sama ;)

      Padam
  6. Dulu masa diet amalkan macam ni la. Beli nasi then bahagi separuh tengahari dan malam. Jadi student kena banyak jimat. Kurus pon kurus. Hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah juga buat macam tu masa belajar dulu. tu salah satu sebab jadi kurus hehe

      Padam
  7. Wah..akak pon nak try amalkan makan macam ni..tapiiiii....ada gak tapinya..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba je dulu akak. lama-lama nanti ok lah tu :)

      Padam