Asah Bakat Main Recorder Lagu Yang Mana Satu





Bila tengok recorder, teringat zaman sekolah rendah kan. Subjek yang paling best masa sekolah rendah, muzik. Tak perlu nak fikir susah-susah. Nyanyi dan main alat muzik je heee

Zaman sekolah dulu Mai suka main recorder. Mula main ketika darjah 5. Boleh dikatakan mahir jugalah bermain alat muzik recorder. Banyak juga cipta note recorder masa tu. Ada lagu best, mesti buat. Seronok dan puas hati dapat main hasil gubahan sendiri. 



Baru-baru ini Mai keluarkan semula recorder sebab nak sertai peraduan Aktifkan AME 2019 yang dianjurkan oleh 100PLUS. Syaratnya mudah je, tonjolkan je bakat terpendam masing-masing. Fikir punya fikir, Mai ambil keputusan untuk main recorder. Nak menyanyi, suara ke laut mati pula haha. 

Dah buat keputusan untuk main recorder, kenalah cari lagu kan. Mai ambil lagu Yang Mana Satu nyanyian P Ramlee dan Saloma sebab senang. Kejap-kejap tu jugalah reka note recorder. Siap je terus berlatih main supaya lancar. Alhamdulillah jadi.


Macam mana, ok tak? Hihi.. maaflah bunyi sumbang sikit. Maklumlah, dah berbelas tahun tinggalkan recorder. 

Anda yang ada bakat terpendam tu, tonjolkan bakat anda dengan menyertai peraduan Aktifkan AME 2019. Apa saja bakat yang ada seperti menyanyi, bermain alat muzik, mengacara, parkour dan lain-lain lagi. Hadiah pun masyuk tau. Boleh rujuk pada gambar di bawah untuk menyertainya.



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. masa sekolah dahulu wajib kan main recorder ni :)

    BalasPadam
  2. wauu pandai main recorder. nice

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. asah bakat yang ada

      Padam
  3. hahaha dulu2 masa zaman sekolah, selalu feeling2 expert main recorder, padaha ikut not kelas muzik je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapat ikut not kelas muzik pun kira ok dah tu :) tak semua orang minat main recorder masa sekolah dulu

      Padam
  4. pandai main !! *clap clap* kalo kite out of tune dah. zaman sek je main ni.. bagusnya.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)