Resepi Biskut Chocolate Chip Mudah dan Sedap





Biskut Raya Sedap dan Mudah Buat


Biskut Chocolate Chip atau biskut coklat cip, kalau dah rasa sekeping mesti nak rasa lagi. Ini adalah antara biskut raya yang mudah disediakan. Bukan untuk raya saja, untuk makan hari-hari pun boleh biskut choc chip ini.

biskut cip coklat
Biskut Cip Coklat 

Biskut choc chip ini juga adalah salah satu biskut yang wajib dibuat ketika musim raya. Cara nak menyediakannya tidaklah rumit. Asalkan ada bahan-bahan yang cukup di rumah, boleh buat dah. Yang penting rasanya sedap dan rangup.

Resepi yang Mai kongsikan ini, InsyaAllah biskut akan menjadi dengan jayanya tanpa kembang setaman walaupun adunan dipukul menggunakan mixer. Guna tangan juga boleh ya.

Jom buat biskut sedap ini 😋

Biskut Choc Chip Sedap


Bahan-bahan:

250 gram mentega (guna Buttercup pun boleh)
220 gram gula perang
3 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
350 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
220 gram cip coklat

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175 ⁰C.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
3. Masukkan telur kuning perlahan-lahan kemudian masukkan esen vanila.
4. Masukkan garam, tepung dan cip coklat. Gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
5. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama sejam.
6. Kepalkan doh atau guna sudu, kemudian letak doh di atas dulang pembakar.
7. Bakar selama 175 ⁰C dalam 10-15 minit (mengikut oven masing-masing dan mengikut ketebalan dan saiz yang dibentuk).
8. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.




Buat biskut ni, kena rajin buat eksperimen suhu. Sebelum letak banyak doh atas dulang pembakar, letak sikit dulu supaya dapat tahu suhu yang sesuai untuk biskut itu masak.

biskut choc chip
Biskut ini juga menggunakan resepi sama tetapi coklat cip digantikan coklat bar yang dipotong kecil

Satu adunan ini boleh tahan banyak hasilnya. Puas hati dapat buat sendiri biskut kegemaran ni. Jangan lupa cuba untuk raya nanti ye 😉


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah.. sedapnya kalau rajin baking..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya.. nanti cubalah buat. Boleh makan hari-hari hehe

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)