Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Puding Coklat Vico Sedap Berlemak

Puding Coklat Sedap


Puding coklat antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran Mai. Rasanya sedap bercoklat, lembut dan sejuk di tekak. Yang penting, mudah untuk menyediakannya.

Puding Coklat, puding milo


Ya, sekejap saja dah siap puding ini. Ambil masa dalam 10-15 minit je. Selepas 3-4 jam di dalam peti sejuk, sudah boleh dimakan. Kalau makan ketika berbuka puasa ni.. memang nikmat. Rasanya lemak manis. Memang sedap.

Jom cuba buat sendiri puding ini. Resepi ini Mai ikut sama seperti yang dikongsikan di laman web Rasa, cuma Mai tukarkan Milo dengan Vico.

Puding Coklat Vico


Bahan-bahan:

10 gram serbuk agar-agar
150 gram gula
750ml air
1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk Vico

Cara-cara membuatnya:

1. Di dalam periuk, masak agar-agar dan air sehingga larut.
2. Masukkan gula dan masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan susu cair dan kacau.
4. Masukkan serbuk Vico. Kacau dan masak seketika.
5. Tuangkan ke dalam acuan. Biarkan sejuk kemudian simpan di dalam peti sejuk.

* Vico boleh ditukar dengan serbuk coklat atau Milo.

Puding Coklat, puding vico

Senang je kan cara nak membuatnya? Selamat mencuba!


14 ulasan for "Puding Coklat Vico Sedap Berlemak"

  1. THIS IS MY FRIGGIN' FAVOURITE !!!!!!!

    BalasPadam
  2. ala tak sempat lah kalau nak buat balik keja petang ni sebab kena sejukkan dalam peti ais kan. hehe. harus buat hari cuti nanti lah camni ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kejap je dah boleh beku ni ;) selamat mencuba

      Padam
  3. Tq share, nnt nak try buat ..

    BalasPadam
  4. uikkk, tergoda tengok lewat2 petang camni..hahahha

    BalasPadam
  5. Sedap ni. Wife saya dok buat juga ari tu

    BalasPadam
  6. sejuk tekak bila buka makan ni.. boleh lah cuba nanti

    BalasPadam