Puding Roti Marble Mudah dan Sedap, Sukatan Cawan





Puding Roti Marble Sedap


Sukanya rasa puding roti, sedap dan mengenyangkan! Yelah, sebab menggunakan roti kan. Makan sepotong dua pun dah kenyang.

resepi puding roti marble


Kalau roti buku di rumah tak dapat perhatian, susah nak dihabiskan.. buat saja puding roti marble 😉 Cara untuk menyediakannya juga mudah, sekejap saja dah siap.

Jom buat puding roti marble! Resepi ini Mai ikut yang dikongsikan oleh Buat Orang Lapo. Puding roti marble yang buat ini Mai guna roti Gardenia wholemeal. Warna pun jadi gelap sikit hehe. Tapi rasa ok je.

Resepi Puding Roti Marble


Bahan-bahan:

4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan ml air
2 biji telur
1/3 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
10 gram atau 1 paket serbuk agar-agar
3 cawan air
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar mentega
Sedikit pewarna makanan atau emulco pilihan masing-masing


Cara-cara membuatnya:

  1. Kisar roti bersama susu cair, air, telur, susu pekat manis dan juga esen vanila sehingga hancur dan halus. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, larutkan serbuk agar-agar dengan 3 cawan air.
  3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga mendidih dan adunan sedikit pekat.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan atau emulco pilihan masing-masing.
  7. Sejukkan di peti sejuk sehingga keras.
resepi puding roti marble

Fuhhh.. sedapnya..
Selamat mencuba!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. sedapnya boleh try nanti ni

    BalasPadam
  2. memang sedap puding roti marble, tapi anak-anak saya kurang suka pulak jenis puding macam ni..huhu..

    BalasPadam
  3. Mudahnya.boleh cuba ni . Tq share resepi

    BalasPadam
  4. uishhh sedappp niiii! tak pernah lagi try masukkan pewarna...

    BalasPadam
  5. Allahu menarik gilerr... terasa nak scop sesudu, dah macam aiskrim pulak ...hehehe
    .
    Resepi Premium Untuk Orang Asia
    .

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)