Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap





Paprik Ayam Sedap


Sedapnya makan nasi panas bersama paprik ayam! Siapa suka masakan paprik, kita sama hehehe. Nak sediakan bahan dan memasaknya juga mudah. 

Resepi ini campak-campak bahan pun jadi dah. Asalkan ada bahannya. Sekejap je dah siap. Apa yang membuatkan Mai suka dengan paprik ini... rasanya, ada bau serainya, bau daun limau purut.. gabungan yang sedap jadinya. 

Jom buat paprik ayam!

resepi paprik mudah
Banyak letak sayur ni hehe


Resepi Paprik Ayam


Bahan-bahan:

Ayam (ikut suka banyak mana nak makan)
2 biji bawang merah 
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit hirisan halia
Tomato
3 sudu makan cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu makan kicap manis
1 sudu sos tiram
Cili padi - mengikut pilihan masing-masing nak letak berapa
3 helai daun limau purut
1 batang serai - diketuk
Lobak merah, kobis bunga, putik jagung
Gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara memasak:
  1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Tumis bahan tumbuk tadi, cili kisar, serai dan daun limau purut sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan air, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau sebati dan masukkan gula dan garam secukupnya.
  4. Masukkan kobis bunga, lobak merah, putik jagung, cili padi dan ayam.
  5. Masak sehingga sayur lembut.
  6. Masukkan bawang besar dan tomato. Gaul manja.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah je kan? Pejam mata pun boleh buat hihihi. Selamat mencuba!


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Sedap ni. Boleh cuba 😉

    BalasPadam
  2. woww mudah je ... hihi
    follow sini #3044

    BalasPadam
  3. saya sukaaaaaaa juga!

    ni dah macam jual kat kedai da rupa nya ni!

    BalasPadam
  4. sampai ke sini terbau bau harumnya paprik ayam ni kihkihhh

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)