Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cegah Penularan COVID-19, Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19



Semakin hari, semakin bertambah bilangan kes COVID-19 di Malaysia. Keadaan ini membimbangkan rakyat dan juga kerajaan Malaysia sendiri. Disebabkan itu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula tarikh 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, di seluruh
negara.

Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19


Seperti yang telah diberitahu oleh Perdana Menteri dalam perutusan khas mengenai COVID-19, tujuan Perintah Kawalan Pergerakan ini dibuat untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19


Baru beberapa hari Perintah Kawalan Pergerakan berjalan. Melalui pemerhatian Mai sendiri, ada segelintir masyarakat yang tidak ambil serius dengan perintah kawalan ini. Hari pertama, Mai ke pasar raya untuk membeli barang keperluan. Nampak pula sebuah restoran dengan meja dan kerusi yang tersusun rapi seperti sedia kala. Hmmm.. tak faham arahan agaknya tuan punya restoran tu.

Ada juga ibu bapa yang masuk ke pasar raya atau kedai bersama anak-anak kecil. Bukankah sudah diberitahu... jangan bawa mereka bersama ke dalam tempat ramai orang? Hmmm. Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan, kalau nak beli barang keperluan, sebelum membeli elok buat senarai barangan yang mahu dibeli supaya dapat membeli dan membayar dengan kadar segera. Ini bukan masanya untuk window shopping.

Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19


Kalau tengok di media sosial pula, ada yang berkongsi gambar di beberapa tempat.. pasar tani dibuka. Ada yang membuka restoran siap dengan meja kerusi yang tersusun, ramai pula pelanggan yang menjamah makanan di situ. Ada juga yang pergi berkelah di taman. Waktu malam di beberapa tempat, ada yang senang-lenang keluar berjalan-jalan tanpa tujuan penting.

Lebih hebat, ada yang berkongsi gambar tiket penerbangan untuk bercuti dan juga gambar sedang melancong ke luar negara. Tarik nafas laju-laju tengok perangai mereka. Huhhhh

Ya Allah.. mana kesedaran mereka semua ini?!

Anda tahu tak? Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Bukan perkara main-main ye. Ramai yang telah menangguhkan kenduri kahwin demi mencegah penularan wabak, takkan kita tidak mampu buat 'kerja' paling mudah ini?

Pelik betul mereka yang tidak menurut perintah. Cuma 14 hari sahaja duduk diam berada di kediaman masing-masing. Mungkin ada segelintir rakyat yang berfikir bahawa tempoh ini adalah untuk mereka 'bercuti' dan inilah masanya untuk makan angin atau balik kampung bersuka ria. Salah tu!

Apa salahnya kita semua rakyat Malaysia bekerjasama untuk mengekang penularan baharu COVID-19 di negara kita sendiri. Janganlah pentingkan diri sendiri sahaja. Disebabkan seorang yang kena, orang lain boleh berjangkit sama nanti.

Bukan senang pihak hospital nak handle pesakit COVID-19. Sebak rasa hati ini apabila membaca luahan doktor yang berusaha sehabis baik untuk semua pesakit, sampai tidak sempat makan dan minum. Ada yang sanggup tidur di hospital walaupun telah bertugas lama, mereka risau nak pulang ke rumah takut bawa balik virus tanpa disedari. Mereka boleh bantu kita, takkan kita tak boleh lakukan kerja kita bukan?

Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19

Para doktor, jururawat dan yang berkaitan, mereka sudah berikan yang terbaik untuk rakyat. Tidak berkira kudrat dalam merawat pesakit COVID-19. Pihak kerajaan juga sedang berusaha yang terbaik untuk semua. Jadi, rakyat juga wajib memainkan peranan supaya wabak ini tidak menular.

Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19


Fikir sejenak, kenapa ujian ini datang kepada kita.. muhasabah diri. Masa yang terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, penuhkanlah dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Kalau sebelum ini kurang masa bersama keluarga.. inilah masa yang terbaik untuk diluangkan bersama. Kalau sebelum ini solat fardhunya tergopoh-gapah, masa ini kita betulkan. Kalau sebelum ini sering terkejar-kejar masa sehingga merasakan 24 jam tidak cukup kerana sibuk dengan urusan dunia, maka ketika inilah kita luangkan masa untuk melakukan sesuatu perkara yang disukai atau ibadat dengan tenang.

Banyak kan perkara yang boleh dilakukan sepanjang tempoh ini? Buatlah apa yang patut semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. InsyaAllah COVID-19 dapat ditangani dengan jayanya jika semua bertanggungjawab dan bekerjasama.

Ya Allah ya tuhanku, kami memohon semoga COVID-19 lenyap selama-lamanya secepat mungkin dari bumi-Mu ini ya Allah.


Catat Ulasan for "Cegah Penularan COVID-19, Patuh Perintah Kawalan Pergerakan"