Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mylara Skincare Perfect Glow Serum Buat Kulit Wajah Sihat Bersinar

Serum Mengandungi Niacinamide, Mencerahkan Kulit



Siapa yang tidak mahu kulit wajah yang sihat dan bersinar bukan? Runsing juga dibuatnya apabila kulit wajah bermasalah. Selain berkeyakinan berjumpa orang, kulit yang sihat membuatkan kita selesa menjalani kehidupan seharian. Kerana mahukan kulit seperti yang diidamkan, Mai mencuba satu serum untuk wajah iaitu Mylara Skincare Perfect Glow Serum.


Mylara Perfect Glow Serum


Tertanya-tanya juga kebaikan serum sebelum menggunakannya. Seperti yang diperkatakan dalam portal Hello Doktor tentang kebaikan serum, serum muka dihasilkan daripada molekul yang sangat kecil, jadi ia membenarkan kulit untuk menyerapnya dengan lebih cepat dan dapat masuk dengan lebih mendalam pada kulit. Terdapat pelbagai fungsi serum untuk kulit wajah. Jadi, kita terlebih dulu perlu mengenalpasti jenis dan masalah kulit wajah supaya dapat menggunakan serum yang betul.


Mylara Perfect Glow Serum


Kalau Mai, kulit yang sihat dan cerah berseri yang diinginkan. Maka Mai mencuba menggunakan Mylara Skincare Perfect Glow Serum ini. Sudah hampir dua minggu Mai menggunakan serum ini. Alhamdulillah, suka sangat dengan kesan positif pada kulit wajah. Setakat ini Mai berpuas hati dengan hasilnya. Kulit terasa lembap dan nampak lebih cerah berbanding sebelum ini.


Fungsi Mylara Skincare Perfect Glow Serum

Mylara Skincare Perfect Glow Serum berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah, menyamaratakan tona kulit, serta memberi kesan glowing. Serum ini mengandungi Niacinamide yang bertindak untuk mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, memudarkan pigmentasi, melembapkan kulit, mengecilkan liang pori yang besar dan meningkatkan ceramide dan fatty acid. Patutlah rasa best je apabila mengenakan serum ini pada kulit, banyak manfaat pada serum ini rupanya.


Mylara Perfect Glow Serum


Mai suka menggunakan serum ini kerana ia tidak menyumbat liang pada kulit wajah kerana kandungan utamanya adalah air, seterusnya Niacinamide. Kulit wajah juga terasa sihat dan selesa dengan keadaan kulit sekarang.


Bagaimana cara untuk menggunakan serum?

Mudah saja, titiskan serum secukupnya pada kulit wajah dan sapu serta urut dengan rata. Tidak perlu banyak, cukup beberapa titis sahaja.


Mylara Perfect Glow Serum


Kandungan Mylara Skincare Perfect Glow Serum

Water, Niacinamide, Rosa Centifolia Flower Water, Citric Acid, Honey Extract, Propylene Glycol, Hydroxyethycellulose, Isopropyl Alcohol, Avena Sativia (Oat) Kernel Extract, Butylene Glycol, Centilia Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Bicalensis Root Extract, Camelia Sinensis Leaf Extract, Elycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Polysorbate-20, Sodium Hyaluronate, Fragrance, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin


Secara keseluruhannya, Mai sangat berpuas hati dengan Mylara Skincare Perfect Glow Serum ini. Nampak kesan positif pada kulit wajah setelah menggunakannya. Jatuh cinta dah heee

Nak tahu best atau tak, anda sendiri perlu mencubanya 😊 Kalau anda berminat untuk mencuba serum Perfect Glow Serum, maklumat lanjut tentang produk dan pembelian serum ini boleh dibuat di laman web Mylara Skincare.

Jom sama-sama dapatkan kulit wajah yang sihat dan bersinar!


2 ulasan for "Mylara Skincare Perfect Glow Serum Buat Kulit Wajah Sihat Bersinar"

  1. toner kite pun dah nk habis ni, boleh try mylara ni pulak..

    BalasPadam
  2. Boleh cuba la Mylara serum ni. Tengok harga kat websitu tu pun mampu milik.

    BalasPadam