-->

7 Tempat Makan Menu Pizza Kayu Api Yang Best!





Pizza Kayu Api Viral


Ummpphh.. sedapnya pizza! Terbayang pula kepingan pizza ditarik ketika masih panas dengan keju melelehnya.. fuhhh. Pizza yang sedap sudah semestinya kaya dengan topping dan doh yang kena dengan citarasa penggemarnya bukan? Cara untuk membuatnya tidaklah susah sebenarnya. Ia akan dibakar dalam ketuhar sehingga masak. Hanya mengambil masa beberapa minit, siap satu hidangan. Tapi sesekali teringin juga nak rasa yang dibakar cara tradisional menggunakan kayu api. Dengarnya sudah ada beberapa tempat makan menu pizza kayu api yang best untuk dicuba.

pizza kayu api Malaysia
Kredit foto: FB Qulai Pizza Kayu Api

Pizza yang dibakar menggunakan kayu api seperti di negara asalnya iaitu Itali, pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja. Pasti kaedah ini mempunyai kelainan dari segi rasa dan kelebihan tersendiri berbanding menggunakan ketuhar elektrik. Ketuhar kayu api yang mampu mencapai suhu tinggi membuatkan masa memasak menjadi lebih singkat. Aroma 'smokey' juga menjadi keunikan pizza kayu api ini. 

Selalu makan pizza segera yang dimasak menggunakan ketuhar elektrik, sekali-sekala mahu juga mencuba sesuatu yang baru. Mai belum berkesempatan lagi untuk merasa pizza kayu api. Setakat ini, masih belum ada pizza yang dimasak menggunakan kaedah tradisional ini di tempat Mai. Jadi kenalah menjelajah ke tempat orang untuk merasa.

Di mana tempat makan pizza kayu api di Malaysia yang boleh dicuba ya? Pasti ramai yang teringin untuk merasa keenakan pizza ini. Jom ketahui beberapa tempat yang menyajikan pizza kayu yang boleh kita cuba.


7 Pizza Kayu Api Best Malaysia


1. Jemapoh Pizza Kayu Api

Kedai pizza yang terletak di Jemapoh ini adalah hasil air tangan adik-beradik dari Negeri Sembilan, bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan 1.0. Idea tercetus apabila ramai adik-beradik terkandas lama di rumah sepanjang PKP, maka untuk menambah pendapatan dalam tempoh itu, mereka membuat serta menjual pizza kayu api dengan harga yang sangat berpatutan. Perniagaan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tular di media sosial. 

jemapoh pizza kayu api
Kredit foto: FB Jemapoh Pizza Kayu Api

Antara jenis pizza yang disediakan seperti Jemapoh Signature, Jemapoh Signature Extra Cheese, Jemapoh Signature Extra Everything, Pilah Tuna, Papperoni Daging dan yang terbaru Naepolitan Vege Classic. Nampak gebu doh pizza Jemapoh ini.. nyumsss. Terliur dibuatnya tengok topping pizza itu.

Alamat: Kampung Desa Jemapoh 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia


2. WOP Pizzeria

Bagi yang berada di Kuala Lumpur, anda boleh mencuba pizza kayu api milik anak Melayu di WOP (Wood-fired Oven Pizza) Pizzeria yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Hidangan pizza di restorannya diinspirasikan daripada pizza Neapolitan Itali yang mempunyai keunikan tersendiri. Kelihatan dohnya yang Toppingnya nampak simple dan tidak melampau tapi kelazatannya tetap terasa.

wop pizzeria
Kredit foto: FB Wop Pizzeria

Pelbagai menu pizza yang sedap disediakan seperti Margherita Pizza, Egg-centric Tuna, Portobello Mushroom Pizza, Smoked Beef Pizza dan lain-lain lagi. Restoran ini dibuka pada setiap hari. Ahad hingga Khamis dibuka bermula 11 pagi hingga 9 malam. Jumaat dan Sabtu, dibuka bermula 11 pagi hingga 10 malam.

Alamat: H-0-8 & H-1-8, Plaza Damas, Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
 

3. Pizza Kayu Api Monorail Food Village, Melaka 

Kalau ke Melaka, jangan lupa singgah di kiosk nombor 12, Pizza Kayu Api yang terletak di Kampung Morten. Makan pizza dengan pelbagai topping yang sedap, dibakar dalam ketuhar kayu api dan dough roti yang diuli sendiri serta sos tomato yang istimewa dengan keju yang melimpah... nikmat sangat ketika dimakan masih panas. Memang ramai peminat Pizza Kayu Api ini.

pizza kayu api melaka
Kredit foto: FB Pizza Kayu Api

Alamat: Jalan Tun Ali , Kampung Morten 75400 Malacca City, Malacca, Malaysia


4. Pizza Kayu Api Glamping

Salah satu lokasi percutian menarik di Perak, Gopeng Glamping Park (GGP) yang berkonsepkan khemah ini menjadi tarikan pengunjung untuk merasai pengalaman menarik di situ. Ia terletak di Kampung Chulek, Gopeng, Perak. Cantik sangat kawasan sekitarnya!

Pizza Kayu Api Glamping
Kredit foto: FB Glamping Glamping Park

Turut menjadi perhatian di situ adalah pizza yang dibuat menggunakan ketuhar kayu api. Pizza Kayu Api Glamping ini menjadi perhatian pengunjung kerana rasa istimewa dan kelainannya. Pizza yang dihasilkan menggunakan resepi pemilik GGP sendiri. Harganya pula sudah pasti berpatutan. 

Alamat: Lot 10846, Jalan Besar Kampung Chulek 31600 Perak Gopeng, Perak, Malaysia


5. AnakDol Pizza 

Sekali pandang pizza yang disediakan di AnakDol Pizza, boleh bikin perut berkeroncong! Macam-macam menu pizza yang menggoda nafsu makan boleh dipilih. Antara menu menarik yang patut dicuba seperti pizza Sambal Hitam, Udang Sambal Petai, Thousand Island Vage, Ayam Hawaii, Ayam Sosej Mushroom dan Cheezy Lover. Kesemuanya dibakar menggunakan ketuhar batu dan kayu api. Menu pizza yang menarik membuatkan ramai yang telah menjadi pelanggan setia AnakDol Pizza.

AnakDol Pizza
Kredit foto: FB AnakDol Pizza 

Restoran pizza ini terletak di Jerantut, Pahang. Cawangan lain pula berada di Temerloh. Mereka beroperasi setiap hari, bermula dari jam 11.00 pagi hingga 7.00 petang.


6. Pizza Kayu Api Tiny Boutique Habitat, Cameron Highlands

Cameron Highlands adalah salah satu lokasi percutian yang terkenal dan dipenuhi ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Banyak tempat yang menarik dan cantik di sana. Tempat makan juga tidak kurang hebatnya. Salah satu makanan yang menjadi tarikan, Pizza Kayu Api Tiny Boutique Cafe. Ia terletak di sebuah homestay ala Inggeris yang cantik dan santai dalam perkampungan Melayu.

Pizza Kayu Api Cameron Highlands
Kredit foto:FB Tiny Boutique Habitat, Cameron Highlands

Emmm.. sedapnya makan pizza kayu api panas-panas ketika cuaca sejuk, sambil menikmati pemandang indah di situ. Nikmat sangat! Rata-rata yang pernah menjamu selera di Tiny Boutique Cafe, berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan terutamanya pizza kayu api.

Alamat: Tiny Boutique Cafe, 24 Kampung Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang


7. Qulai Pizza Kayu Api

Seperti yang diketahui umum, Johor terkenal dengan asam pedas Muo. Menariknya di Qulai Pizza Kayu Api, pizza Asam Pedas Muo antara menu istimewa disediakan di situ. Macam mana agaknya rasa pizza asam pedas ini ya? Mesti sedap kan. 

Qulai Pizza Kayu Api
Kredit foto: FB Qulai Pizza Kayu Api

Pelbagai menu pizza yang lain disediakan di situ seperti Qulai Signature, Chicken Pepperoni, Cheezy Cheese, Beef Pepperoni, Flaming Tuna dan Cheezy Meatball. Waktu operasi mereka bermula dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam, dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Alamat: 2023 Jalan Manggis Kampung Pertanian 81000 Kulai, Johor, Malaysia


Menarik betul pizza kayu api ini. Kalau berkesempatan, mahu juga terjah ke lokasi-lokasi yang disenaraikan di atas untuk merasai keenakan pizza yang dibakar menggunakan kaedah tradisional. Nak lagi mudah, order online je dengan Foodpanda yang menyediakan servis pizza delivery. Tak perlu susah payah membuang masa, tenaga dan petrol. Hanya klik-klik di hujung jari, pizza kayu api sampai terus di rumah.

Memang memudahkan kerja kita bila ada Foodpanda. Kalau ada kekangan masa untuk memasak, apa lagi.. order dengan Foodpanda lah jawabnya. Bukan makanan sahaja, nak order barangan keperluan rumah juga boleh. Senang kan?

Kalau anda bercuti ke lokasi berdekatan tempat makan pizza kayu api yang disenaraikan di atas, jangan lupa untuk singgah dan merasai kelazatan pizza kayu api ya. Sekali rasa, pasti teringat hehe.


Catat Komen

12 Ulasan

  1. Dah terbayang dah wanginya bau pizza dibakar dengan kayu nie. Aduhai.
    Ok. Nak cari yang dekat dengan my place untuk makan malam kelak

    BalasPadam
  2. tak pernah try any of it. actually tak pernah tau pasal pizza kayu api. nanti nak try

    BalasPadam
  3. Teringin nak rasa pizza yg dimasak atas kayu api. Mesti sedap

    BalasPadam
  4. Saya pernah sekali je makan wood oven pizza kat Malaysia ni. Kat Limoncello KLCC. Tak tau la ada lagi ke tak tempat tu. Siapa peminat pizza memang kena cuba pizza kayu api ni.

    BalasPadam
  5. Pernah nampak kawan update IGstory pasal pizza kayu api. Lagi sedap dari pizza biasa katanya. Nak try jugak lah nanti

    BalasPadam
  6. i really want to try jemapoh pizza kayu api after reading your review but alaaaa jauhnya kt negeri sembilan :(

    BalasPadam
  7. Menariknya pizza kayu api ni. Walaupun dah biasa pergi few of those attraction states before, tapi tak pernah merasa lagi pizza kayu api.. Kena save satu2 dlm Google Map terus ahh..

    BalasPadam
  8. Pizza Kayu Api ni lagi best. Rasa macam makan pizza kat luar negara kan. Bau asap tu akan bg pizza tu satu sense best. Memang sedap!

    BalasPadam
  9. Lain kan rasa makan pizza kayu api, Sis sekali pernah makan di Holiday Inn Johor, mereka masak pizza guna dapo arang.. sedap dan crunchy kulitnya pepanas..

    BalasPadam
  10. Wah... menarik ada list pizza kayu api macam ni. Bukan dah lama tak makan, tapi tak pernah makan.. dan teringin juga rasa dia macam mana

    BalasPadam
  11. Wah semua nampak menarik. Rasa menarik yg di Gopeng tu dengan suasana persekitaran tersebut. Hopefully one day dapat cuba salah satu tempat kat atas ini. Salam Kenal dari saya Adib :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)