Kecik-kecik dah pandai main dadah - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

11 March 2012

Kecik-kecik dah pandai main dadah

11/3/2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari ni terbaca satu berita di akhbar Metro, online punye... terkejut jugak. Kecik-kecik dah mula berjinak dengan najis dadah. Baru sekolah rendah tu. Penggunaan dadah telah memberi kesan yang buruk kepada pelajar ni. Jom ikuti berita daripada myMetro ni.



KUALA LUMPUR: Sungguh membimbangkan apabila penagihan syabu bukan saja menular di kalangan pelajar seawal usia 13 tahun, malah ada budak semuda 10 tahun dijadikan ‘keldai dadah’ oleh sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa.

Selain menjejaskan pembelajaran dan memudaratkan kesihatan mental serta fizikal, penyalahgunaan syabu yang juga dikenali sebagai ‘ice’ dan ‘batu’ di kalangan pelajar boleh menjerumuskan mereka ke kancah jenayah.

Buktinya, ada yang ‘berperangai hantu’ apabila berani mencabul rakan sekelas, bergaduh dengan guru dan mencuri duit ibu bapa.
Bagi pengedar cilik pula, kemiskinan hidup menjadi alasan mereka mudah terjebak dengan pujuk rayu sindiket dadah biarpun upah diterima tidak seberapa.

Berikut pengakuan beberapa pelajar dan individu yang sukar melupakan ketagihan selepas terjerat dengan bahan terlarang itu sejak di bangku sekolah, selain kisah keberanian pengedar kanak-kanak di Sabah demi sesuap nasi. . . .

ok . . .nak tau lebih lanjut lagi, sila beli akhbar Metro di kedai2 berhampiran anda yek :)


* Walau miskin mana sekalipun, jual dadah bukan jalan singkat sebagai cara mudah untuk mendapatkan wang. Menoreh getah kan lagi bagus? :)


4 comments:

  1. done follow u..hidden update nanti aw sebagai pelengkap..terkantoi lak nama..g komen pakai fb..hehe tersalah..:X

    ReplyDelete
  2. dah update maisarah..hm..dadah ni buat orang hilang kewarasan akal tatkala dorang dah tak dapat tahan kesakitan yang dorang akan alami dalam jangka masa panjang..paling tragis sampai sanggup bunuh keluarga sendiri kan..:( takut sangat..mintak simpang lah ye...

    ReplyDelete
  3. @Realname Hidden

    hehe..tau da fb dia... :)

    yup btoi tu...dadah kalau btul gunenye(bertujuan utk perubatan) tak salah. tapi matlamat telah menghalalkan cara. begini la jd nye....

    ReplyDelete
  4. betul tu..sedih kan tengok budak2 dah jadi macam ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda